Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday la sangat...

Bismillah..Assalamualaikum..Ini semua poyo!!! Itu la perkataan yang terlintas di fikiran masa terfikir nak wat entry wordless wednesday ni..hahaha..tak tahu sape yang mulakan tapi most of the blogs yang cik Melur follow & baca mesti ada wordless wednesday ni. Kenapa nak diwordlesskan wednesday itu? kenapa tak wordless sunday?atau monday,tuesday,thursday,friday or saturday? tak tahu nak tuju soklan ni kat sape..kui3..

Apa-apa pun, cik Melur taknak wordless wednesday sebab hari-hari lain pon cik Melur wordless gak. kalo tak takkan memanjang blog ni tak berhapdet. kui3..

Ok la, selamat hari rabu semua..kat terengganu dah start hujan. musim banjir dah mula menjenguk kami. lepas ni mungkin cik Melur akan hapdet pasal banjir kat kampung pulak..hihihi..hujan-hujan cenggini wat cik Melur rindu kat buah hati cik Melur yang comels ni je..

~macam comel je...macam cantik je....hihi~


Tuesday, November 19, 2013

Roti keramat lembu

Bismillah..Assalamualikum..amboi tajuk, pelik je bunyinya kan?hehehe.pagi semalam punya citer ni..cik Melur punye mak sekarang dah start balik buat kuih (roti keramat orang sini panggil) untuk hantar kat kedai-kedai sekitar kampung ni selepas sebulan lebih stop sebab tak sihat. Ada juga roti keramat tu diletakkan dalam van ikan adik-adik cik Melur. Biasanya adik Cik Melur yang no.6 tu yang hantar roti keramat pagi-pagi, tapi lately dia buat perangai pulak. Terpaksalah cik Melur punye mak yang hantar sendiri roti keramat ke kedai. Kalau roti keramat untuk van adik cik Melur si Ayub tu, memang cik Melur sendiri yang menghantarnya sebab umah dia kan on the way ke opis cik Melur. Boleh drop masa cik Melur gi opis la.

Yang kelakarnya, pagi tadi dengan semangatnya cik Melur punye mak datang kat kereta masa cik Melur nak panaskan enjin. Diketuknya tingkap kereta.

"Ni ha..mak buatkan lembu untuk meq(panggilan cik Melur kat umah)."

Pelik cik Melur dibuatnya dengar ayat camtu. pastu dibaginya satu plastik pada cik Melur..cuba korang tengok, nampak tak apa yang mak cik Melur maksudkan?


nampak tak apa yang dimaksudkan?
Tak nampak eh? jap cik Melur touch up sikit..Jeng jeng....

Sekarang dah nampak??
Haa..sekarang camne?dah nampak ke apa yang dimaksudkan dengan lembu tu?hahaha..kelakar kan?memang ada rupa lembu di situ..



# hai mak,mak..kadang-kadang kreatif tak bertempat..(>.<)

Saturday, September 7, 2013

Fall in Love with him

Salam..hari ni xde mood nak berceloteh..cuma nak nyatakan yang Melur dah jatuh cinta ngan hamba ALLAH yang sorang ni..wah...ku dilanda angau melampau..hihihi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~ saat yang takkan dilupakan~

# oh incik hafiz,kamu buat saya terlelap dalam senyum..wink2 (*.*)

Thursday, July 25, 2013

Epi 2nd Besday My Handsome Boy


Salam 16 Ramadhan. Hari ni, 25hb. Julai 2013, genap 2 tahun usia anak buah Melur yang sulung, Tun Muhammad Afiq Asyraf bin Tun Mohd Hamidy. Selamat hari lahir anak buah makteh yang encem..
~Keciknya kamu ketika ini ~ 2.01kg je ;p
 Tak sedar masa berlalu, dah masuk 2 tahun kamu masuk dalam keluarga ni. Melihat kamu membesar dengan sihat, membuatkan makteh rasa bahagia sangat. Tak sabar rasanya nak melihat kamu bertatih dan memanggil-manggil nama makteh..Semoga cepat-cepat boleh berjalan dan bercakap sayang. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya membawa Islam ke satu mercu yang tertinggi.
~Comelnya kamu~
~Yang buatku tersenyum~


~Pandai tak caye posing?~
~Caye cuka amek gambar..hee~
~Afiq, tangismu juga makteh rindu~ ;p

p/s: Lepas ni dh takleh panggil adik lagi, kena panggil abang long plak sebab dah ada adik Qalesya ^.^