Sunday, October 9, 2011

Kesibukan Yang Merantai Diri ini..

Salam. Lebih seminggu Melur tak menjenguk dalam blog ni..minggu lepas, Melur sibuk sangat. start hari ahad (kat terengganu hari ahad keje), membawa ke hari khamis, tak menang tangan Melur dibuatnya..terasa lelah sangat..hari khamis tu, Melur balik kampung dan Melur tidur awal sangat sebab terlalu penat. ditambah lagi kepala yang berdenyut-denyut, mata pun cepat je lena..Melur rasa masa tu mungkin tekanan darah Melur turun sebab sakit kepala sangat-sangat..takpun migrain datang..tapi nasib baik lepas tidur, sakit tu hilang..

Mana tak stress kalau sepanjang minggu otak dan badan dikerah bekerja..

# Ahad : Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan. Program asal meeting start pukul 2.30pm tapi PA Pengarah call bagitau Pengarah nak awalkan. apalagi, terkejar-kejar la siapkan dokumen yang tak sempat disiapkan minggu sebelumnya.tu pun Melur dah bawa balik ke rumah untuk study..huhu

# Isnin : Audit Kriteria  Pembinaan bagi Pakej 5B, 11 & 12. Datang keje pagi-pagi, bos suruh wat memo panggil mesyuarat pembukaan audit pakej 5B, 11 & 12. last minit bagitau kitorang kena jadi urusetia. time tu jugak la tempah bilik mesyuarat, call orang pakej, tempah makan, sediakan dokumen..huhu..

# Selasa : Sepatutnya kitorang kena join gak dalam audit kat pakej 5B. tapi disebabkan kereta projek xde, so bos putuskan pergi untuk pakej 11 & 12 je nanti. rasa senang sikit hati ni, tapi x lama..lepas tu bos bagi report yang dihantar oleh pakej, suruh buat memo dan ulasan..banyak tu..penuh meja Melur ni..huhu

# Rabu : Join audit pakej 11. terpaksa pinjam baju member sebab memang x bawa blouse pergi umah dia. takkan nk pakai baju kurung plak..huhu..bos suruh balik awal, tapi bos pakej 11 suruh stay..so terpaksa stay sampai pukul 2..dah lama tak berjemur tengah panas, bila tiba-tiba kena berjemur balik, apalagi sakit la kepala tu..huhu..balik opis pun xleh rilex sangat. slow-slow wat memo yang bertambun atas meja tu..huhu

# Khamis : Tak join audit pakej 12 tapi kena prepare untuk meeting penutup audit pukul 3.00pm..huhu, orang lain dah nak balik pukul 3.30pm, tapi meeting baru nak mula..terkejar-kejar lak bila auditor nak fotostat la, nak print la..tak masuk lagi bab nak check PA system..huhu..last-last balik pukul 5.30. sampai kat umah dah hampir 6.30pm..cepat-cepat solat asar n makan nasi. (tak sempat nak makan tengahari). sambil makan tengok tv kejap, lepas tu solat..habis solat baring sekejap sebab kepala berdenyut-denyut, terus tertido..nasib baik terjaga pukul 1am, terus basuh muka n solat isyak..

hmm..mmg minggu yang memenatkan. tu pun masih berlambak lagi report yang belum diulas kat atas meja. hari ni baru settel..esok kena pergi mesyuarat kat gebeng, pastu kena pergi kursus kat KL lak sampai Rabu..penat-penat..ya ALLAH, Kau kuatkanlah semangatku dalam mengharungi hidup ini dan Kau permudahkanlah segala urusanku..amin....