Salam..sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah..bermakna masuk musim orang kawen juga la..banyak undangan yang Melur terima dari kawan-kawan, jiran dan saudara-mara..waa..tertekan Melur ni..semua duk tanya, bila pulak giliran Melur..huhuhu...masih tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut..hanya mampu menjawab ~insyaALLAH,dah ada rezeki nanti akan turut mengundang jua..:'(
hari ni seorang sahabat Melur telah menamatkan zaman bujangnya (semalam sebenarnya)..sahabat Melur ni kawen dengan anak bekas pengetua sekolah Melur..Melur tak kenal pon dengan wife dia, tapi bapa mertua dia memang Melur kenal sangat-sangat..tadi pon Melur sempat pergi ke kenduri di pihak perempuan,so sempatlah jumpa ngan bekas pengetua Melur tu..masih ramah seperti dulu..
Melur tengok muka sahabat Melur ni berseri-seri..seri pengantin la katakan..Melur doakan ikatan yang telah mereka bina kekal sampai ke syurga..buat sahabatku Mohammad Roslan bin Rozak dan isteri, SELAMAT PENGANTIN BARU..semoga ALLAH memberkati dan melimpahkan rahmatNYA pada kalian berdua..semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga dan menambahkan pejuang-pejuang yang menegakkan kebenaran di jalan ALLAH..
Dan lagu ni Melur tujukan pada kalian berdua..(sambil layan juga..tak sabar nak kawen..gatal!!!hehehe)
Sunday, November 20, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Bunga Melur...
Salam..mood Melur agak baik kebelakangan ni..lalala..so kali ni Melur nak nyanyi lagu yang mungkin ditujukan khas untuk Melur kot..hehehe (perasan betul!!!) jom nyanyi sama-sama lagu nyanyian Allahyarham P. Ramli yang bertajuk Bunga Melur ni...lalalalalala....
Bunga Melur
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di suatu ketika, bunga melur
Masanya akan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
Tuesday, November 1, 2011
Di Saat Hati Ini Terluka....
Salam..entry kali ni saja Melur nak luahkan perasaan Melur.. Sebenarnya Melur tengah bersedih ni.. Bersedih kerana hati Melur terluka.. Melur rasa seolah-olah Melur bertepuk sebelah tangan.. Ya ALLAH, kenapa Engkau kurniakan cinta kepada Melur terhadap orang yang tidak mahu membalasnya? Mengapa perlu ada rasa sayang pada orang yang tak pernah nak hargainya? Kuatkanlah hati hambaMU ini ya ALLAH.. Berikanlah Melur ketenangan dalam menghadapi ujian dariMu ini..
Mungkin benar orang kata, enggang sama enggang, pipit sama pipit.. Dalam kes Melur ni, 'Melur' dan 'Ikan Jerung'.. Dah nama pon jauh beza.. Spesies tak sama.. Si Jerung di laut, Melur di darat..Mungkin sebab tu Si Jerung tak faham isi hati Melur.. Melur rasa terkilan.. Lama kitorang kenal, 7 tahun.. Kenapa si Jerung masih tak faham hati Melur.. Bila Melur tanya, bicaranya seolah-olah sayangkan Melur.. Adakah sayangnya hanya sekadar sayang seorang sahabat? Melurkah yang telah tersalah tafsir? Adakah dengan perkenalan selama 7 tahun itu Melur masih tak faham jiwa si Jerung? Atau si Jerung yang tak memahami isi hati Melur ini?
Bila dah jadi macam ni, Melur teringat segala perkara yang telah kami lalui sepanjang perkenalan ini.. Tiba-tiba teringat lagu Siti Nordiana, Bukan Mengungkit tapi Membangkit..Rasanya dah 2-3 kali si Jerung membelakangkan Melur dalam soal hubungan cintanya.. Pernah dulu Melur tanya, apa hubungan Si Jerung dengan seorang gadis sekelas dengannya.. Si Jerung selalu beritahu yang mereka tiada apa-apa hubungan.. Namun 2-3 kali juga mereka ter'kantoi' dengan Melur.. Tapi Si Jerung masih berlagak biasa.. Last sekali bila hubungan antara mereka putus, baru Si Jerung beritahu..Apakah yang ada di hatimu wahai Si Jerung? Tidakkah dikau tahu hati ini terluka saat mengetahui diri telah ditipu? Melur rasa seolah-olah Melur hanya diperlukan saat Si Jerung terluka / susah hati sahaja.. Apakah Melur ini hanya sekadar teman di kala susah sahaja wahai Si Jerung?
Kali ini pula, Melur hanya tahu bila Melur tengok dalam Facebooknya sahaja.. Patutlah semenjak dua menjak ni Si Jerung jarang contact Melur.. Melur biarkan sahaja kerana memikirkan Si Jerung sibuk dengan studynya.. Tapi bila Melur tengok dalam akaun Facebooknya, banyak betul aktiviti Facebooknya.. Hmm, Melur rasa tertipu lagi.. Mengetahui hakikat ini membuatkan air mata Melur mengalir laju..Duhai hati, fahamilah.. Mungkin Si Jerung bukan dicipta untuk Melur..
Buat Si Jerung (andai suatu hari nanti kau membaca coretanku ini), fahamilah.. Saat entry ini Melur karang, hanya kau di hati ini.. Namun, setelah Melur tengok facebook insan yang kau selalu tuju lagu tu, sedarlah dirimu..kau telah melukakan hatiku yang telah kusediakan untukmu sekian lama.. Melur doakan Si Jerung bahagia dengan pilihannya.. walaupun hati ini terluka, namun doa ini tak pernah putus buatmu temanku.. Mungkin lepas ini Melur akan berdiam diri sahaja, mungkin sms dari Si Jerung tidak akan dibalas, panggilannya mungkin tidak berangkat.. Fahamilah temanku.. Hati ini perlu diubati.. Nampaknya dikau telah ketemu pengganti Melur di saat suka dukamu.. Dan Melur perlu bersendiri lagi untuk merawat lagi hati yang kembali luka angkara insan bernama lelaki..Tahniah dan semoga berbahagia selalu.. Ya ALLAH, kurniakanlah kepada Melur kesabaran dan ketenangan hati... Cukupkanlah hanya cintaMU untukku..amin..

Subscribe to:
Comments (Atom)