Friday, January 25, 2013

Janji temu..

Salam..Melur tengah berdebar ni..malam ni mak nak ajak berjanji temu dengan seorang 'bakal suami'..huhu...aduhai mak...tak sanggup lagikah nak menanggung anakmu yang gomuks ini..huhu..dah 2-3 hari Melur berfikir akan hal ni..takut plak rasanya bila menghitung masa ni..Melur ni bukan peramah orangnya.. tak reti sangat nak bergaul..adus pening sungguh..taknak ikut kang takut kecewa plak mak ngan abah..dorang la yang beria-ia carikan calon untuk Melur..agaknya dorang takut anak perempuan tunggal dorang ni jadi andartu kot..hmmm...apa-apa pon, malam ni kena kuatkan semangat juga..penuhkan dulu impian mak..Melur pon tak putus-putus berdoa ni moga dibukakan pintu hati..takut kalo menolak kang, tertolak jodoh la plak..isy3...cuak + suspen btul..taktau nak cerita perasaan ni kat sape..kawan2 semua duk jauh..someone, please help me..what should i do???

Tuesday, January 15, 2013

Mimpikan dia...

Salam..morning...pagi ni Melur bangun agak lewat sikit..terkocoh-kocoh mandi dan solat..nasib baik Melur dah gosok baju awal-awal semalam..kalo tak, kompem lewat la masuk opis pagi ni..tapi pagi ni Melur rasa mood up sikit..sebab semalam Melur mimpikan dia..hehehe..siapakah dia yang berjaya membuatkan mood Melur boleh berubah ni?teng teng teng...nanti-nanti la Melur bagitau siapa hamba ALLAH ni..

Melur pelik juga, semenjak 2 menjak ni Melur selalu mimpikan dia..walaupun Melur takde la ingatkan dia sebelum tido..dan seingat Melur, sebelum tidur Melur dah baca doa tidur, ayat kursi dan ayat 4 qul..mungkinkah ini permainan syaitan?atau petunjuk dari ALLAH?

Melur malas nak fikir sangat hal ni. tapi yang pasti, kemunculannya dalam mimpi buatkan Melur senyum sendiri. cukuplah sekadar nampak kelibat dia je dalam mimpi tu. itu pun dah cukup untuk buat hari Melur bertukar ceria..kalo dia senyum dalam mimpi tu, dari bangun tido sampai la masuk tido balik, kompem Melur senyum je..hahahaha...hmm, bila fikir-fikir balik, adakah Melur ni dijangkiti penyakit A.N.G.A.U.?oh no no...bahaya ni..



"Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu. 
Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada sesesorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatih hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."
~Amin~


Thursday, January 10, 2013

Followerku yang sweet dan baik hati...

Salam..alhamdulillah..akhirnya kerja yang telah Melur usahakan sejak 2 minggu lepas dah siap..baru je lepas bagi kat bos untuk tindakan selanjutnya..so, sekarang ada la masa sikit untuk Melur menjenguk blog Melur yang ntah pape ni..baru je terfikir apa yang di upload, tiba-tiba Melur terpandang kat status follower..1 Follower. What???sejak bila plak blog Melur ni ada follower? Melur tak perasan ke sebelum ni? so Melur pon klik la kat link follower tu..rupa-rupanya abang Abil yang jadi follower Melur..huhu.. terharunya rasa hati ni bila ada orang sudi menjadi follower..walaupun sebenarnya Melur berblog ni suka-suka untuk mencatatkan luahan rasa sendiri je..rasa nak menangis pon ada kala ni..hehe..

Bukti abang Abil menjadi first follower..hee

Sebagai penghargaan untuk my first follower ni, meh Melur cite sket pasal abang Abil ni..Melur tak kenal sangat ngan abang Abil ni..first time terbaca pasal abang Abil ni bila ada kawan facebook Melur yang share kan blog abang Abil..memang dah hobi Melur ni menjenguk kat blog orang (walaupun blog sendiri tak ter'update'...hee), so Melur pon jenguk lah blog abang Abil yang dibuat khas untuk isterinya yang tercinta..pertama kali baca, tersentuh hati Melur..masa tu terlintas di hati, ya ALLAH, masih ada hambaMU yang baik..yang sanggup menjaga isteri yang terlantar..subhanallah..moga ALLAH permudahkan segala urusan abang Abil di dunia dan akhirat..

Sebenarnya Melur ni tak pandai sangat nak cerita pasal orang ni..kalo ada yang nak menjenguk blog abang Abil ni, bolehlah menjenguk di http://abil4fauziah.blogspot.com/. Kat blog ni nanti, korang ble baca luahan hati seorang suami yang begitu sabar dan tekun melayan dan menjaga si isteri yang terlantar sakit..sape-sape yang mampu juga bolehlah menghulurkan bantuan kepada mereka berdua. kalo tak mampu dari segi duit, marilah sama-sama berdoa semoga ALLAH sembuhkan kak Gee kelak dan jadikan sakitnya ini sebagai kafarah untuk dosa-dosanya yang telah lalu..amin..

last skali..thanks to abang Abil kerana sudi jadi Melur's follower..semoga abang Abil tetap tabah dengan ujian yang ALLAH kurniakan..chaiyox2!!!





Thursday, January 3, 2013

Sakit Kepala


Salam..adus..tiba-tiba lak hari ni kena sakit kepala..adakah migrain telah menyerang?ALLAH..janganlah bagi sakit hari ni..Melur masih belum siapkan report lagi ni.. dah la pagi tadi ada jamuan perpisahan hj. Ali dan mesyuarat kakitangan.. dah habis masa kat situ..sepatutnya Melur dah boleh siapkan report ni hari ni..huhu..nampak gayanya kena bawa balik umah lagi la kerja ni hari ni..hari minggu ni Melur bekerja kat umah hokey!!sob3 :'(


~Rupa orang tengah sakit kepala~

Wednesday, January 2, 2013

Mode Bertungkus Lumus

Salam..hari ni Melur on mode menyiapkan laporan MKSP..tak pernah lagi meja Melur penuh sesak samapi takde ruang nak letakkan kerja lain dah..So harap semua orang kat opis ni paham-paham la kalau Melur tak layan ye..Melur sedang bertungkus lumus nak siapkan hari ni juga sebab esok bos dah minta nak tengok..ni pon silap-silap kena bawa balik umah ni..huhu :'(

Tuesday, January 1, 2013

It's New Year Again..

Salam..wah...hari ni dah tahun baru...SELAMAT TAHUN BARU 2013..bila sebut je tahun baru, mesti tanya apa azam tahun ni? bagi Melur, tiada azam yang ditetapkan untuk tahun 2013 ni..sebab dah bertahun-tahun set azam, tak pernahnya nak tercapai..so tahun ni, tiada azam..titik.



Permulaan tahun baru ni agak suram bagi rakyat Terengganu sebab hari ni dah masuk kali kedua Terengganu mengalami banjir.. hari ni pon Melur terpaksa ambik cuti sebab jalan kat kampung ni tersekat dengan air.. maaf la, tak sempat nak ambil gambar sebab masa Melur balik semalam air dah ada kat atas jalan. tapi cuma sebelah je..Melur tak ambil gambar sebab masa tu hujan lebat sangat..nanti la Melur update gambar banjir gelombang pertama.

sampai sini dulu la coretan Melur kali ni..InsyaALLAH untuk tahun baru ni Melur akan cuba buat coretan tiap-tiap hari..harap-harap mampu la..Chow dulu..Selamat Tahun Baru sekali lagi..marilah kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik tahun ini..

~Wassalam~