Bismillah..Assalamualikum..amboi tajuk, pelik je bunyinya kan?hehehe.pagi semalam punya citer ni..cik Melur punye mak sekarang dah start balik buat kuih (roti keramat orang sini panggil) untuk hantar kat kedai-kedai sekitar kampung ni selepas sebulan lebih stop sebab tak sihat. Ada juga roti keramat tu diletakkan dalam van ikan adik-adik cik Melur. Biasanya adik Cik Melur yang no.6 tu yang hantar roti keramat pagi-pagi, tapi lately dia buat perangai pulak. Terpaksalah cik Melur punye mak yang hantar sendiri roti keramat ke kedai. Kalau roti keramat untuk van adik cik Melur si Ayub tu, memang cik Melur sendiri yang menghantarnya sebab umah dia kan on the way ke opis cik Melur. Boleh drop masa cik Melur gi opis la.
Yang kelakarnya, pagi tadi dengan semangatnya cik Melur punye mak datang kat kereta masa cik Melur nak panaskan enjin. Diketuknya tingkap kereta.
"Ni ha..mak buatkan lembu untuk meq(panggilan cik Melur kat umah)."
Pelik cik Melur dibuatnya dengar ayat camtu. pastu dibaginya satu plastik pada cik Melur..cuba korang tengok, nampak tak apa yang mak cik Melur maksudkan?
 |
| nampak tak apa yang dimaksudkan? |
Tak nampak eh? jap cik Melur touch up sikit..Jeng jeng....
 |
| Sekarang dah nampak?? |
Haa..sekarang camne?dah nampak ke apa yang dimaksudkan dengan lembu tu?hahaha..kelakar kan?memang ada rupa lembu di situ..
# hai mak,mak..kadang-kadang kreatif tak bertempat..(>.<)