Sunday, December 18, 2011
Ulangtahun Perkenalan Yang Sungguh Sadis..
Semalam (17/12/2011), genaplah 7 tahun Melur kenal dengan si 'Ikan Jerung'. Dah lama Melur tak contact dia, so Melur sms la wish happy anniversary for him. Dia cakap patut la 2-3 hari kebelakangan ni asyik teringat kat Melur je. Tak tau kenapa, tiba-tiba Melur terasa bengang lak dengan si 'Ikan Jerung' ni. Kata teringat, tapi langsung tak tanya khabar? Begini ke rupa orang yang teringat? Lepas tu dia cakap dia dah tak pakai no celcom yang biasa dia guna. Patutlah Melur sms dia senyap je. Sampainya hati tak bagitahu. Senang-senang je dia jawab, ingatkan dah bagitahu Melur. Terkilan sangat Melur rasa. Semenjak dua menjak ni, dia seakan-akan lupakan Melur. Sejak dia 'in love' sekarang, Melur rasa dilupakan. Dia hanya ingatkan Melur masa dia tengah serabut je. Mungkin betul, Melur ini hanya teman di saat duka aje. Entah macam mana, mungkin dipengaruhi emosi yang tak menentu, akhirnya perbualan kami menjadi singkat dan last-last Melur juga yang terluka. Seperti di saat hati ini terluka.... Akhirnya, Melur menyambut ulangtahun perkenalan kami yang ketujuh dengan air mata. Sadisnya..huhu :'( Wahai hati, mengapa perlu dikau bersedih? Lepaskanlah 'dia'..
Sunday, December 4, 2011
Selamat Pengantin Baru Sahabatku..Nor Shadila Zakaria
Semalam (3/12/2011), tarikh keramat bagi sahabat baik Melur, Iela. Dia telah menamatkan zaman bujangnya dan memilih untuk menjadi isteri kepada suaminya Cikgu Rabaha. Melur diberikan penghormatan untuk menjadi pengapitnya di hari bahagianya itu. Melur tumpang gembira dengannya. Walaupun lepas ni makin susah untuk kami keluar bersama, tapi atleast ada orang tolong 'jaga' dia di Sarawak. Oh, lupa nak beritahu, suaminya orang Kuching. Wah3x..jauhnya sahabat Melur ni dapat jodoh..isk3..
Tengoklah gambar kat bawah ni. Ni yang susah kalo orang yang suka bergambar jadi pengapit. Kamera duk jauh pun boleh detect lagi. Sempat lagi sengih kat kamera. hahaha..
Lepas majlis dah tamat, kami mengabadikan gambar bersama.
Melur geram ngan pengapit lelaki tu. Suruh pakai sampin katanya takde. Dah tu, dilipatnya lengan baju sampai ke siku..isk, anak sape la yang degil nih!!hehehe
Last sekali, tiba saat pengapit lak yang rasa nak bersanding. Dan pengantinlah yang kena jadi pengapitnya. hahaha..
Jenuh juga Melur nak jawab soalan cepu mas yang bertubi-tubi hari tu. Al-maklumlah, umur dah meningkat, kawan pun dah ramai yang kahwin. So, masing-masing nak tau bila pula giliran Melur. Sebenarnya, Melur pun teringin nak tau juga..huhu..
Apa-apa pun, Melur doakan semoga perkahwinan Cg. Rabaha & Cg. Shadila ni dilimpahi keberkatan Ilahi dan dikurniakan bahagia yang abadi. Can't wait to see my future 'niece & nephew'..Cg. Rabaha & Cg. Shadila, please make my dream comes true soon..hee
![]() |
| ~Pengantin & Pengapit~ |
Gambar kat bawah ni dua-dua sahabat baik Melur. Dua-dua cikgu. Sorang dah berpunya, sorang lagi masih single.
![]() |
| Cg. Iela & Cg. Fatimah |
![]() |
| Pengapit yang ceria, kan?hee |
![]() |
| Dari kiri: Farid, Fahmi, Cg. Rabaha, Iela, Melur & Fatimah |
![]() |
| Kenapa pengapit lelaki pandang ke atas??? |
![]() |
| Tiba saat pengantin pulak jadi pengapit..haha |
Apa-apa pun, Melur doakan semoga perkahwinan Cg. Rabaha & Cg. Shadila ni dilimpahi keberkatan Ilahi dan dikurniakan bahagia yang abadi. Can't wait to see my future 'niece & nephew'..Cg. Rabaha & Cg. Shadila, please make my dream comes true soon..hee
Sunday, November 20, 2011
Selamat Pengantin Baru Sahabatku..
Salam..sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah..bermakna masuk musim orang kawen juga la..banyak undangan yang Melur terima dari kawan-kawan, jiran dan saudara-mara..waa..tertekan Melur ni..semua duk tanya, bila pulak giliran Melur..huhuhu...masih tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut..hanya mampu menjawab ~insyaALLAH,dah ada rezeki nanti akan turut mengundang jua..:'(
hari ni seorang sahabat Melur telah menamatkan zaman bujangnya (semalam sebenarnya)..sahabat Melur ni kawen dengan anak bekas pengetua sekolah Melur..Melur tak kenal pon dengan wife dia, tapi bapa mertua dia memang Melur kenal sangat-sangat..tadi pon Melur sempat pergi ke kenduri di pihak perempuan,so sempatlah jumpa ngan bekas pengetua Melur tu..masih ramah seperti dulu..
Melur tengok muka sahabat Melur ni berseri-seri..seri pengantin la katakan..Melur doakan ikatan yang telah mereka bina kekal sampai ke syurga..buat sahabatku Mohammad Roslan bin Rozak dan isteri, SELAMAT PENGANTIN BARU..semoga ALLAH memberkati dan melimpahkan rahmatNYA pada kalian berdua..semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga dan menambahkan pejuang-pejuang yang menegakkan kebenaran di jalan ALLAH..
Dan lagu ni Melur tujukan pada kalian berdua..(sambil layan juga..tak sabar nak kawen..gatal!!!hehehe)

Wednesday, November 9, 2011
Bunga Melur...
Salam..mood Melur agak baik kebelakangan ni..lalala..so kali ni Melur nak nyanyi lagu yang mungkin ditujukan khas untuk Melur kot..hehehe (perasan betul!!!) jom nyanyi sama-sama lagu nyanyian Allahyarham P. Ramli yang bertajuk Bunga Melur ni...lalalalalala....
Bunga Melur
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di suatu ketika, bunga melur
Masanya akan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja
Tuesday, November 1, 2011
Di Saat Hati Ini Terluka....
Salam..entry kali ni saja Melur nak luahkan perasaan Melur.. Sebenarnya Melur tengah bersedih ni.. Bersedih kerana hati Melur terluka.. Melur rasa seolah-olah Melur bertepuk sebelah tangan.. Ya ALLAH, kenapa Engkau kurniakan cinta kepada Melur terhadap orang yang tidak mahu membalasnya? Mengapa perlu ada rasa sayang pada orang yang tak pernah nak hargainya? Kuatkanlah hati hambaMU ini ya ALLAH.. Berikanlah Melur ketenangan dalam menghadapi ujian dariMu ini..
Mungkin benar orang kata, enggang sama enggang, pipit sama pipit.. Dalam kes Melur ni, 'Melur' dan 'Ikan Jerung'.. Dah nama pon jauh beza.. Spesies tak sama.. Si Jerung di laut, Melur di darat..Mungkin sebab tu Si Jerung tak faham isi hati Melur.. Melur rasa terkilan.. Lama kitorang kenal, 7 tahun.. Kenapa si Jerung masih tak faham hati Melur.. Bila Melur tanya, bicaranya seolah-olah sayangkan Melur.. Adakah sayangnya hanya sekadar sayang seorang sahabat? Melurkah yang telah tersalah tafsir? Adakah dengan perkenalan selama 7 tahun itu Melur masih tak faham jiwa si Jerung? Atau si Jerung yang tak memahami isi hati Melur ini?
Bila dah jadi macam ni, Melur teringat segala perkara yang telah kami lalui sepanjang perkenalan ini.. Tiba-tiba teringat lagu Siti Nordiana, Bukan Mengungkit tapi Membangkit..Rasanya dah 2-3 kali si Jerung membelakangkan Melur dalam soal hubungan cintanya.. Pernah dulu Melur tanya, apa hubungan Si Jerung dengan seorang gadis sekelas dengannya.. Si Jerung selalu beritahu yang mereka tiada apa-apa hubungan.. Namun 2-3 kali juga mereka ter'kantoi' dengan Melur.. Tapi Si Jerung masih berlagak biasa.. Last sekali bila hubungan antara mereka putus, baru Si Jerung beritahu..Apakah yang ada di hatimu wahai Si Jerung? Tidakkah dikau tahu hati ini terluka saat mengetahui diri telah ditipu? Melur rasa seolah-olah Melur hanya diperlukan saat Si Jerung terluka / susah hati sahaja.. Apakah Melur ini hanya sekadar teman di kala susah sahaja wahai Si Jerung?
Kali ini pula, Melur hanya tahu bila Melur tengok dalam Facebooknya sahaja.. Patutlah semenjak dua menjak ni Si Jerung jarang contact Melur.. Melur biarkan sahaja kerana memikirkan Si Jerung sibuk dengan studynya.. Tapi bila Melur tengok dalam akaun Facebooknya, banyak betul aktiviti Facebooknya.. Hmm, Melur rasa tertipu lagi.. Mengetahui hakikat ini membuatkan air mata Melur mengalir laju..Duhai hati, fahamilah.. Mungkin Si Jerung bukan dicipta untuk Melur..
Buat Si Jerung (andai suatu hari nanti kau membaca coretanku ini), fahamilah.. Saat entry ini Melur karang, hanya kau di hati ini.. Namun, setelah Melur tengok facebook insan yang kau selalu tuju lagu tu, sedarlah dirimu..kau telah melukakan hatiku yang telah kusediakan untukmu sekian lama.. Melur doakan Si Jerung bahagia dengan pilihannya.. walaupun hati ini terluka, namun doa ini tak pernah putus buatmu temanku.. Mungkin lepas ini Melur akan berdiam diri sahaja, mungkin sms dari Si Jerung tidak akan dibalas, panggilannya mungkin tidak berangkat.. Fahamilah temanku.. Hati ini perlu diubati.. Nampaknya dikau telah ketemu pengganti Melur di saat suka dukamu.. Dan Melur perlu bersendiri lagi untuk merawat lagi hati yang kembali luka angkara insan bernama lelaki..Tahniah dan semoga berbahagia selalu.. Ya ALLAH, kurniakanlah kepada Melur kesabaran dan ketenangan hati... Cukupkanlah hanya cintaMU untukku..amin..

Sunday, October 9, 2011
Kesibukan Yang Merantai Diri ini..
Salam. Lebih seminggu Melur tak menjenguk dalam blog ni..minggu lepas, Melur sibuk sangat. start hari ahad (kat terengganu hari ahad keje), membawa ke hari khamis, tak menang tangan Melur dibuatnya..terasa lelah sangat..hari khamis tu, Melur balik kampung dan Melur tidur awal sangat sebab terlalu penat. ditambah lagi kepala yang berdenyut-denyut, mata pun cepat je lena..Melur rasa masa tu mungkin tekanan darah Melur turun sebab sakit kepala sangat-sangat..takpun migrain datang..tapi nasib baik lepas tidur, sakit tu hilang..
Mana tak stress kalau sepanjang minggu otak dan badan dikerah bekerja..
# Ahad : Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Bahan. Program asal meeting start pukul 2.30pm tapi PA Pengarah call bagitau Pengarah nak awalkan. apalagi, terkejar-kejar la siapkan dokumen yang tak sempat disiapkan minggu sebelumnya.tu pun Melur dah bawa balik ke rumah untuk study..huhu
# Isnin : Audit Kriteria Pembinaan bagi Pakej 5B, 11 & 12. Datang keje pagi-pagi, bos suruh wat memo panggil mesyuarat pembukaan audit pakej 5B, 11 & 12. last minit bagitau kitorang kena jadi urusetia. time tu jugak la tempah bilik mesyuarat, call orang pakej, tempah makan, sediakan dokumen..huhu..
# Selasa : Sepatutnya kitorang kena join gak dalam audit kat pakej 5B. tapi disebabkan kereta projek xde, so bos putuskan pergi untuk pakej 11 & 12 je nanti. rasa senang sikit hati ni, tapi x lama..lepas tu bos bagi report yang dihantar oleh pakej, suruh buat memo dan ulasan..banyak tu..penuh meja Melur ni..huhu
# Rabu : Join audit pakej 11. terpaksa pinjam baju member sebab memang x bawa blouse pergi umah dia. takkan nk pakai baju kurung plak..huhu..bos suruh balik awal, tapi bos pakej 11 suruh stay..so terpaksa stay sampai pukul 2..dah lama tak berjemur tengah panas, bila tiba-tiba kena berjemur balik, apalagi sakit la kepala tu..huhu..balik opis pun xleh rilex sangat. slow-slow wat memo yang bertambun atas meja tu..huhu
# Khamis : Tak join audit pakej 12 tapi kena prepare untuk meeting penutup audit pukul 3.00pm..huhu, orang lain dah nak balik pukul 3.30pm, tapi meeting baru nak mula..terkejar-kejar lak bila auditor nak fotostat la, nak print la..tak masuk lagi bab nak check PA system..huhu..last-last balik pukul 5.30. sampai kat umah dah hampir 6.30pm..cepat-cepat solat asar n makan nasi. (tak sempat nak makan tengahari). sambil makan tengok tv kejap, lepas tu solat..habis solat baring sekejap sebab kepala berdenyut-denyut, terus tertido..nasib baik terjaga pukul 1am, terus basuh muka n solat isyak..
hmm..mmg minggu yang memenatkan. tu pun masih berlambak lagi report yang belum diulas kat atas meja. hari ni baru settel..esok kena pergi mesyuarat kat gebeng, pastu kena pergi kursus kat KL lak sampai Rabu..penat-penat..ya ALLAH, Kau kuatkanlah semangatku dalam mengharungi hidup ini dan Kau permudahkanlah segala urusanku..amin....

Sunday, September 25, 2011
Terjaga dari lena
Salam. Pagi tadi Melur bangun awal, pukul 5 pagi. Waktu tu sejuk sangat, Melur terdengar bunyi lori yang dipandu laju dan bila sampai kat depan umah Melur, ada bunyi seolah-olah lori tu melanggar sesuatu. Melur terus terjaga dari tidur. Terus terduduk atas katil. Berdebar sangat. Dalam hati, Melur risaukan Sulong. Semenjak dua menjak ni dia suka melintas jalan. Dah banyak kali kena kurung pon dia x serik. Semalam pun Melur rasa Sulong pelik sikit. Macam tak bermaya je.
Pastu Melur pun bangun la dari katil dan terus ke ruang tamu.Pastu Melur nampak pintu depan umah terbuka. Melur jenguk la keluar rumah nak tengok kot2 adik-adik Melur belum bertolak lagi ke pasar borong, tapi diorang xde pon. Sunyi je kat luar umah tu. Atas jalan pon sunyi je. Melur pon jenguk la juga atas jalan tu kot2 la nampak apa yang lori tu langgar, tapi xde pape pon. Melur jadi pelik la, sape yang buka pintu. Melur masuk dalam umah balik tanya adik ipar, katanya adik Melur dah bertolak. Pelik betul, dorang terlupa tutup pintu ke? Bahaya betul. Kalau pencuri nak masuk pon kompem x sedar. Dah la kat depan umah tu ada 2 bijik motor. Kuncinya tinggal kat ruang tamu tu aje. Hisy, nasib baik la Melur terjaga.
Kakak ipar Melur pon turut terjaga bila dengar Melur kejutkan adik ipar. Dia pon turut jenguk ke luar. Bimbang dengan Sulong barangkali. Maklumlah, Sulong tu memang rapat dengan dia. Memang Sulong xde dalam umah, kat luar pon kitorang x nampak. Hati Melur masa tu x habis-habis berdebar. Harap-harap xde apa-apa la yang berlaku kat Sulong dan adik-adik Melur. Lepas kunci pintu depan, Melur masuk bilik dan terus call adik. Dorang dah nak sampai kat pasar borong rupanya. Dan memang dorang terlupa tutup pintu tu. Bahaya betul. Melur bersyukur terjaga time tidur. Kalau tak sampai ke pagi la pintu umah tu terbuka.
Pastu Melur masuk bilik air, amek wudhuk dan solat isyak. Malam tadi tertido, terlupa nak sembahyang. Agaknya malaikat yang kejutkan Melur untuk sembahyang kot. Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk beribadat walaupun telah terlanjur terlupa.
Time Melur siap-siap panaskan enjin nak ke pejabat, Melur nampak Sulong keluar dari umah. Alhamdulillah. Selamat lagi kucing Melur tu. Buat Melur berdebar je la Sulong ni. Bertuah betul.

| Sulong - ketika kecik. |
![]() |
| Tengokla betapa brutalnya kucing Melur, si Sulong ni tido.. |
Wednesday, September 21, 2011
Selamat Hari Lahir buat temanku...
Buat temanku, tanggal 20/9/2011, genaplah 26 tahun umurmu..Melur doakan semoga ibadahmu makin bertambah dengan pertambahan umurmu. Semoga dikurniakan rezeki yang halal, kejayaan yang cemerlang, peribadi yang menawan, hati yang selalu mengingatiNya, kesihatan yang baik dan hidup dalam keberkatan Ilahi selalu..Semoga persahabatan kita kekal selamanya..
Melur sertakan sekali peribadi insan yang lahir pada bulan September..adalah kena sikit2 ngan teman Melur ni..Buat Mohammad Nur Syakirin Mohd Said, selamat Hari Lahir sekali lagi...
Melur sertakan sekali peribadi insan yang lahir pada bulan September..adalah kena sikit2 ngan teman Melur ni..Buat Mohammad Nur Syakirin Mohd Said, selamat Hari Lahir sekali lagi...
Peribadi Insan Yang Lahir Pada Bulan September:
|
Monday, September 19, 2011
Duku berbuah dua kali...
Salam..bila sebut pisang berbuah 2 kali, mesti ramai yang taknak perkara tu berlaku kan sebab biasanya peribahasa tu merujuk kepada perkara yang buruk. tapi untuk entry kali ni Melur nak tunjukkan keajaiban Ilahi yang telah terserlah pada pokok duku di tepi rumah Melur..mesti tertanya-tanya apa kaitannya pokok duku dengan peribahasa tersebut kn?hehe..
Sebenarnya, pokok duku kat tepi umah Melur ni berbuah dua kali..untunglah kitorang, leh makan duku banyak tahun ni..alhamdulillah..mungkin sebab pokok duku kat sebelah tu dh nak mati, tu yang pokok ni berbuah dua peringkat..bagi pihak agaknya..hehe

Sunday, September 18, 2011
Minat terbaru...
Salam..entry kali ni Melur nak kongsikan minat terbaru Melur..dalam sibuk kerja seharian, Melur sempat menjenguk blog2 dari oversea yang banyak menampilkan idea kreatif dalam menghabiskan masa lapang..blog yang paling kerap Melur jenguk ialah thecreatifplace.blogspot.com..memang menarik..blog ni telah banyak membantu Melur meningkatkan kreativiti yang ada dalam diri Melur..sekarang ni pon Melur sedang berusaha membuat buku skrap. insyaALLAH, kalau berkesempatan & dapat menyiapkan buku tersebut nanti, Melur akan uploadkan hasilnya dalam blog ni..dan kat bawah ni Melur nak tunjukkan hasil kerja yang telah berjaya Melur buat baru-baru ni..simple sahaja. dengan menggunakan sehelai mukasurat dari majalah lama dan lebihan kertas pembalut hadiah,Melur telah berjaya mencantikkan kotak kasut yang plain..boleh je kalo Melur balut dengan kertas pembalut tu, tapi Melur nak tampilkan kelainan sikit..tengoklah hasilnya...
![]() |
| Kotak asal yang kosong |
![]() |
| Keratan helaian majalah & pembalut dijalin berselang-seli |
![]() |
| Inilah hasilnya..(",) |
Wednesday, September 14, 2011
Hmm...bengkek...
Salam...Melur tgh bengkek ngan sorang member kat opis Melur ni..xtau la apa kena ngan dia tu..selalu sangat menjenguk kat tempat Melur..apa,dia ingat Melur xde keje ke?dia sorang je ke yang bz kat opis ni?kalo dah bz ada masa lak menjenguk kat tempat orang...bengang3x...Ya ALLAH bantulah hambaMU untuk jadi seorang yang lebih penyabar...aminnnn....
Tuesday, September 13, 2011
Missing someone....
Salam...hari ni Melur rasa rindu tiba2...dan bagai memahami, si dia tiba2 sms Melur..untuk bertanya khabar dan bagitahu dia dah balik ke U barangkali..agak lama kami tak bertanya khabar...hampir dua minggu...mungkin dia sibuk...atau mungkin dia memang x ingatkan Melur pon...Melur?Melur takde la sibuk sangat..cuma Melur taknak terlalu mengikut perasaan...biar Melur rindu, tapi Melur taknak dia tahu...oh hati fahamilah...janganlah selalu kau merindu...
Thursday, September 8, 2011
Kepentingan Komunikasi Yang Berkesan
salam...entry kali ni saja nak kongsikan berkenaan kepentingan komunikasi yang berkesan..mungkin bahasa yang kita gunakan berbeza, namun dengan kaedah yang betul,maksud yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas..So, Melur nak kongsikan sedutan rancangan favourite Melur iaitu 'Two days One night'.. kelakar sangat...sakit perut sebab banyak sangat gelak..tapi dalam gelak2 pon, ada pengajaran di sebalik permainan yang dorang ni main..
cuba korang perhatikan, kalo banyak sangat orang yang menyampaikan, kadangkala maksud sebenar x tercapai..sebab banyak sangat tambahan..dalam video ni jugak kita leh tgk lain orang, lain cara dia menggambarkan maksud yang disampaikan..so,pilihlah cara terbaik untuk berkomunikasi...hee (",)v
Wednesday, September 7, 2011
Hafiz Hamidun vs Lee Seung Gi
Salam...entry kali ni masih pasal kegilaan Melur pada K-Pop.. Alkisahnya, Melur suka sangat rancangan 'Two Days One Night' yang selalu ditayangkan pada setiap hari jumaat (10.20pm) di KBS TV saluran Astro 391.. Rancangan tu berkisarkan 6 orang artis memperkenalkan Korea kepada umum dengan pengambaran di seluruh Korea. Salah seorang artis tu adalah Lee Seung Gi. Seung Gi ni merupakan idol yang popular la di Korea. Dia ni seorang penyanyi, pelakon, emcee,(dan semenjak 2 menjak ni macam pelawak la plak) yang comel, bijak, dan kelakar..Melur memang minat ngan dia ni..
Kalau kat Malaysia plak, ada seorang yang Melur rasa lebih kurang macam Lee Seung Gi ni...Hafiz Hamidun, itulah namanya..Xtahu dia ni kategori terkenal ke x,tp bg Melur, dia ni seorg yang multi-talented..boleh menyanyi, menggubah lagu, mengacara dan pernah berlakon..dia ni dulu bekas ahli kumpulan nasyid UNIC..Melur selalu tgk dia jd pengacara dalam Rancangan Tilawah Interaktif..rancangan ni memberi peluang kepada penonton untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara dalam telefon dan Ustaz jemputan akan memberikan komen terhadap bacaan tersebut..penonton yang bertuah dengan bacaan yang baik akan berpeluang memenangi hadiah..
Hmm..yang sebenarnya,Melur ceritakan pasal dua orang hamba ALLAH ni sebab Melur terperasan ada persamaan antara mereka berdua..Alkisahnya, 2-3 hari lepas Melur tengah melayari laman web peminat Lee Seung Gi dan tiba2 Melur seolah-olah terpandang Hafiz Hamidun ketika tu..dorang ni memiliki senyuman, mata dan hidung yang sama..dorang ni mempunyai lesung pipit yang kecil (Melur biasa panggil telaga buruk) kat tepi bibir..tapi Hafiz ada lesung pipit yang sangat dalam dan sangat comel..
Dengan sedikit research (konon-kononnya), Melur amik beberapa keping gambar untuk membuat perbandingan..apa pendapat korang?sama ke tak?

| senyuman dan gigi yang sama |
![]() |
| memang seiras kan? |
![]() |
| gaya pon sama |
![]() |
| mata pon sama |
Tuesday, September 6, 2011
How to Count 1 to 10 in Korean
Salam...disebabkan Melur dilanda demam K-Pop sekarang, Melur telah membuat tekad untuk belajar bahasa Korea..Pertama sekali, Melur ingin berkongsi bagaimana untuk mengira 1 hingga 10 dalam bahasa Korea..enjoy your learning!!
Instructions
1Count the number one by saying "hana," pronounced "HA-nah" in Native Korean or "il," pronounced "ill," in Sino Korean.
2 Count the number two by saying "dul," pronounced "dool" in Native Korean or "i," pronounced "ee," in Sino Korean.
3 Count the number three by saying "set," pronounced "set" in Native Korean or "sam," pronounced "sam," in Sino Korean.
4 Count the number four by saying "net," pronounced "net" in Native Korean or "sa," pronounced "sah," in Sino Korean.
5 Count the number five by saying "da-sul," pronounced "DA-sut" in Native Korean or "o," pronounced "oh," in Sino Korean.
6 Count the number six by saying "yuh-seot," pronounced "YA-sut" in Native Korean or "yuk," pronounced "yook," in Sino Korean.
7 Count the number seven by saying "il-gop," pronounced "EEL-gope" in Native Korean or "ch'il," pronounced "CH-eel," in Sino Korean.
8 Count the number eight by saying "yuh-deol," pronounced "YA-dool" in Native Korean or "p'al," pronounced "P-all," in Sino Korean.
9 Count the number nine by saying "ah-hop," pronounced "AH-hope" in Native Korean or "ku," pronounced "goo," in Sino Korean.
10 Count the number 10 by saying "yeol," pronounced "yool" in Native Korean or "sip," pronounced "ship," in Sino Korean.
Monday, September 5, 2011
Aidilfitri 2011 / 1432H
Salam...Aidilfitri menjelma lagi...tahun ni aidilfitri bagi keluarga Melur amat bermakna sebab semua adik-beradik dapat berkumpul...bukan itu saja, tahun ni kami menyambut aidilfitri dengan 3 orang ahli baru..kakak ipar, adik ipar dan anak saudara...warna tema bagi keluarga kami untuk aidilfitri tahun ni adalah hijau..
![]() |
| Keluarga kami |
![]() |
| Keluarga besar kami |
![]() |
| Melur dikelilingi kumbang-kumbang...hee |
![]() |
| Melur & anak sepupu - Tasnim |
![]() |
| Sepupu & famili |
![]() |
| Tetamu yang hadir |
![]() |
| Semua lelaki |
![]() |
| saudara mara |
Setelah Sekian Lama...
Salam...lamanya x jenguk blog ni berhabuk dh..mcm x bertuan je..hee..kesibukan diri ditambah kesukaran untuk 'online' telah menyebabkan lama blog ni tidakku jenguk..sekarang blog ni dh berwajah baru..(ada ke org yang perasan?huhuhu...)ada tambahan sedikit...insyaALLAH 'coming soon' makin gempak...(byk lg nk kena blaja ni..hee)
Hmm..skrg ni masih dalam mood raya..so mood nk keje blom mai lg..(apa la Melur ni..hehe)..2 yg ada masa je nk update blog ni..apa nk citek?Ooo..tahun ni Melur dh dpt kegilaan baru..(kegilaan Melur terhadap K-Pop masih berterusan..hee)..tahun ni, actually baru 2 minggu kebelakangan ni Melur dh mula minat menjahit manik...ni bahana sbb asik tgk member Melur jahit la..awal2 rasa cm remeh,tp bila kegilaan dtg, asyik mengadap manik 2 je..nk tgk hasilnya?hehe...Inilah hasilnya..walaupun x berapa kemas tp ok lah kot bagi first timer cam Melur..hehe...
Melur ada satu lagi kegilaan sempena raya ni...tahun ni dh pandai wat kuih raya...ada 2-3 jenis kuih yang Melur wat ngan Kak Tini (member yang Melur tumpang di rumahnya) & Midah (member seopis)..kami sama2 wat cornflakes chocolate chips, cornflakes madu & popia nestum..pastu bila balik umah Melur wat kuih sarang semut n popia bersira...kira ok la..sebab time dihidangkan pada hari raya, tetamu makan je..dorang pon puji ckp sedap (kembang semangkuk la Melur masa 2..hee)..ada kawan siap tapau bawak balik lg..hee..lepas wat kuih 2 baru Melur terfikir,rupa2nya senang je wat biskut raya ni...nk kna cukup bahan, peralatan & semangat je..insyALLAH,hasilnya berbaloi..hee..nk tunjuk gk kuih raya Melur buat sendiri..hee
Hmm..skrg ni masih dalam mood raya..so mood nk keje blom mai lg..(apa la Melur ni..hehe)..2 yg ada masa je nk update blog ni..apa nk citek?Ooo..tahun ni Melur dh dpt kegilaan baru..(kegilaan Melur terhadap K-Pop masih berterusan..hee)..tahun ni, actually baru 2 minggu kebelakangan ni Melur dh mula minat menjahit manik...ni bahana sbb asik tgk member Melur jahit la..awal2 rasa cm remeh,tp bila kegilaan dtg, asyik mengadap manik 2 je..nk tgk hasilnya?hehe...Inilah hasilnya..walaupun x berapa kemas tp ok lah kot bagi first timer cam Melur..hehe...
![]() |
| Bahagian Hadapan Baju |
![]() |
| Bahagian Lengan |
![]() |
| Keseluruhan Baju |
![]() |
| Biskut Sarang Semut & Cornflakes Chocolate Chips |
Monday, July 11, 2011
Selamat Hari Lahir!!!
Salam..hari ni adalah hari lahir Melur yang ke 26..sempena pertambahan umur Melur ini, Melur ingin mendedikasikan lagu dari kumpulan Saujana ini kepada diri Melur sendiri..hehe..di samping tu juga, Melur sertakan sekali peribadi insan yang lahir pada bulan Julai mengikut kajian Dato' Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah..
Kononnya ini peribadi orang yg lahir bulan 7..
# Seronok Didampingi
# Banyak Berahsia Dan Sukar Dimengerti Agak Pendiam Kecuali Diransang
# Ada Harga Dan Maruah Diri
# Tidak Suka Menyusahkan Orang Lain Tetapi Tidak Marah Jika Disusahkan
# Mudah Dipujuk Dan Bersikap Lurus
# Sangat Menjaga Hati Orang Lain
# Sangat Peramah
# Emosi Sangat Mendalam Tetapi Mudah Terluka Hati Dan Lambat Pulih
# Berjiwa Sentimental
# Kurang Berdendam
# Mudah Memaafkan Tetapi Sukar Melupakan
# Tidak Suka Benda Remeh Temeh
# Sangat Peka, Caring Dan Mengasihi Serta Penyayang
# Tinggi Daya Simpati
# Pemerhatian Yang Tajam
# Suka Menilai Orang Lain Dengan Pemerhatian
# Mudah Dan Rajin Belajar
# Suka Muhasabah Diri
# Suka Mengenang Peristiwa Atau Kawan Lama
# Suka Mendiamkan Diri Dan Duduk Di Rumah
# Suka Tunggu Kawan Tapi Tak Cari Kawan
# Tak Agresif Kecuali Terpaksa
# Terlalu Mengambil Berat
# Rajin Dalam Membuat Kerja
Cam byk yg btul je..hee..apa2 pon,Melur tetap Melur...suci dan putih mewangi...(",)v
Wednesday, March 9, 2011
jiwaku kacau....argh!!!!!
tension!!!serabut....xtau nape ari ni tiba2 Melur hilang mood...rasa malas nk wat keje..rasa nk marah je...bg mengelakkan Melur marah, Melur amik kputusan nk senyap je..tp kwn2 lak jd lain...bengang betul...knapa Melur perlu rasa marah???Melur pon xtau...semenjak dua menjak ni Melur sensitif sungguh...kdg2 menda remeh pon Melur ble terfikir2 cm menda 2 besar sgt je...aduila...nsib baik time balik td mood da ok sket...sian kt kwn2 Melur...mesti dorg cuak gler bila Melur senyap...sorry my buddies...jiwa Melur tengah kacau...huhuhuhu...harap2 sok ok blik...insyaALLAH...
Monday, January 24, 2011
Kehilangan yang dirasai...
Tanggal 24/1/2011, genaplah 12 tahun pemergian abang long..ayah plak genap 5 tahun tinggalkan kami pada tarikh yang sama. walaupun kehadiran tarikh ni tidak membawa makna kepada semua orang, tapi jauh di sudut hati kehilangan mereka tetap Melur rasa.. andai arwah long masih ada, mungkin adik-adiknya tidak seleka sekarang..mungkin ketegasannya boleh membuatkan adik-adiknya sedar tanggungjawab mereka..tapi, betul juga kata orang,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Ayah & Long...walaupun di akhir-akhir hayat dorang tidak banyak kenangan indah antara kami, namun pemergian mereka membuatkan Melur merasa kehilangan..kelibat dorang tetap Melur rindu..mungkin kalau dorang masih ada, dorang akan rasa bangga dengan anak dan adik perempuan tunggalnya ini..
Buat arwah ayah & Long, Melur titipkan doa buat kalian di setiap akhir solat Melur..moga roh kalian ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman..amin..al-fatihah!!

Subscribe to:
Comments (Atom)