Salam...entry kali ni masih pasal kegilaan Melur pada K-Pop.. Alkisahnya, Melur suka sangat rancangan 'Two Days One Night' yang selalu ditayangkan pada setiap hari jumaat (10.20pm) di KBS TV saluran Astro 391.. Rancangan tu berkisarkan 6 orang artis memperkenalkan Korea kepada umum dengan pengambaran di seluruh Korea. Salah seorang artis tu adalah Lee Seung Gi. Seung Gi ni merupakan idol yang popular la di Korea. Dia ni seorang penyanyi, pelakon, emcee,(dan semenjak 2 menjak ni macam pelawak la plak) yang comel, bijak, dan kelakar..Melur memang minat ngan dia ni..
Kalau kat Malaysia plak, ada seorang yang Melur rasa lebih kurang macam Lee Seung Gi ni...Hafiz Hamidun, itulah namanya..Xtahu dia ni kategori terkenal ke x,tp bg Melur, dia ni seorg yang multi-talented..boleh menyanyi, menggubah lagu, mengacara dan pernah berlakon..dia ni dulu bekas ahli kumpulan nasyid UNIC..Melur selalu tgk dia jd pengacara dalam Rancangan Tilawah Interaktif..rancangan ni memberi peluang kepada penonton untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara dalam telefon dan Ustaz jemputan akan memberikan komen terhadap bacaan tersebut..penonton yang bertuah dengan bacaan yang baik akan berpeluang memenangi hadiah..
Hmm..yang sebenarnya,Melur ceritakan pasal dua orang hamba ALLAH ni sebab Melur terperasan ada persamaan antara mereka berdua..Alkisahnya, 2-3 hari lepas Melur tengah melayari laman web peminat Lee Seung Gi dan tiba2 Melur seolah-olah terpandang Hafiz Hamidun ketika tu..dorang ni memiliki senyuman, mata dan hidung yang sama..dorang ni mempunyai lesung pipit yang kecil (Melur biasa panggil telaga buruk) kat tepi bibir..tapi Hafiz ada lesung pipit yang sangat dalam dan sangat comel..
Dengan sedikit research (konon-kononnya), Melur amik beberapa keping gambar untuk membuat perbandingan..apa pendapat korang?sama ke tak?
 |
| senyuman dan gigi yang sama |
 |
| memang seiras kan? |
 |
| gaya pon sama |
 |
| mata pon sama |
No comments:
Post a Comment