Sunday, September 25, 2011

Terjaga dari lena

Salam. Pagi tadi Melur bangun awal, pukul 5 pagi. Waktu tu sejuk sangat, Melur terdengar bunyi lori yang dipandu laju dan bila sampai kat depan umah Melur, ada bunyi seolah-olah lori tu melanggar sesuatu. Melur terus terjaga dari tidur. Terus terduduk atas katil. Berdebar sangat. Dalam hati, Melur risaukan Sulong. Semenjak dua menjak ni dia suka melintas jalan. Dah banyak kali kena kurung pon dia x serik. Semalam pun Melur rasa Sulong pelik sikit. Macam tak bermaya je.

Pastu Melur pun bangun la dari katil dan terus ke ruang tamu.Pastu Melur nampak pintu depan umah terbuka. Melur jenguk la keluar rumah nak tengok kot2 adik-adik Melur belum bertolak lagi ke pasar borong, tapi diorang xde pon. Sunyi je kat luar umah tu. Atas jalan pon sunyi je. Melur pon jenguk la juga atas jalan tu kot2 la nampak apa yang lori tu langgar, tapi xde pape pon. Melur jadi pelik la, sape yang buka pintu. Melur masuk dalam umah balik tanya adik ipar, katanya adik Melur dah bertolak. Pelik betul, dorang terlupa tutup pintu ke? Bahaya betul. Kalau pencuri nak masuk pon kompem x sedar. Dah la kat depan umah tu ada 2 bijik motor. Kuncinya tinggal kat ruang tamu tu aje. Hisy, nasib baik la Melur terjaga.

Kakak ipar Melur pon turut terjaga bila dengar Melur kejutkan adik ipar. Dia pon turut jenguk ke luar. Bimbang dengan Sulong barangkali. Maklumlah, Sulong tu memang rapat dengan dia. Memang Sulong xde dalam umah, kat luar pon kitorang x nampak. Hati Melur masa tu x habis-habis berdebar. Harap-harap xde apa-apa la yang berlaku kat Sulong dan adik-adik Melur. Lepas kunci pintu depan, Melur masuk bilik dan terus call adik. Dorang dah nak sampai kat pasar borong rupanya. Dan memang dorang terlupa tutup pintu tu. Bahaya betul. Melur bersyukur terjaga time tidur. Kalau tak sampai ke pagi la pintu umah tu terbuka.

Pastu Melur masuk bilik air, amek wudhuk dan solat isyak. Malam tadi tertido, terlupa nak sembahyang. Agaknya malaikat yang kejutkan Melur untuk sembahyang kot. Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk beribadat walaupun telah terlanjur terlupa.

Time Melur siap-siap panaskan enjin nak ke pejabat, Melur nampak Sulong keluar dari umah. Alhamdulillah. Selamat lagi kucing Melur tu. Buat Melur berdebar je la Sulong ni. Bertuah betul.

Sulong - ketika kecik.

Tengokla betapa brutalnya kucing Melur, si Sulong ni tido..

Wednesday, September 21, 2011

Selamat Hari Lahir buat temanku...

Buat temanku, tanggal 20/9/2011, genaplah 26 tahun umurmu..Melur doakan semoga ibadahmu makin bertambah dengan pertambahan umurmu. Semoga dikurniakan rezeki yang halal, kejayaan yang cemerlang, peribadi yang menawan, hati yang selalu mengingatiNya, kesihatan yang baik dan hidup dalam keberkatan Ilahi selalu..Semoga persahabatan kita kekal selamanya..

Melur sertakan sekali peribadi insan yang lahir pada bulan September..adalah kena sikit2 ngan teman Melur ni..Buat Mohammad Nur Syakirin Mohd Said, selamat Hari Lahir sekali lagi...

Peribadi Insan Yang Lahir Pada Bulan September:


  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Orang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik.

Monday, September 19, 2011

Duku berbuah dua kali...

Salam..bila sebut pisang berbuah 2 kali, mesti ramai yang taknak perkara tu berlaku kan sebab biasanya peribahasa tu merujuk kepada perkara yang buruk. tapi untuk entry kali ni Melur nak tunjukkan keajaiban Ilahi yang telah terserlah pada pokok duku di tepi rumah Melur..mesti tertanya-tanya apa kaitannya pokok duku dengan peribahasa tersebut kn?hehe..

Sebenarnya, pokok duku kat tepi umah Melur ni berbuah dua kali..untunglah kitorang, leh makan duku banyak tahun ni..alhamdulillah..mungkin sebab pokok duku kat sebelah tu dh nak mati, tu yang pokok ni berbuah dua peringkat..bagi pihak agaknya..hehe

Sebahagian buah duku peringkat pertama dah mula masak..
Buah peringkat kedua yang baru nak berputik ..

Sunday, September 18, 2011

Minat terbaru...

Salam..entry kali ni Melur nak kongsikan minat terbaru Melur..dalam sibuk kerja seharian, Melur sempat menjenguk blog2 dari oversea yang banyak menampilkan idea kreatif dalam menghabiskan masa lapang..blog yang paling kerap Melur jenguk ialah thecreatifplace.blogspot.com..memang menarik..blog ni telah banyak membantu Melur meningkatkan kreativiti yang ada dalam diri Melur..sekarang ni pon Melur sedang berusaha membuat buku skrap. insyaALLAH, kalau berkesempatan & dapat menyiapkan buku tersebut nanti, Melur akan uploadkan hasilnya dalam blog ni..dan kat bawah ni Melur nak tunjukkan hasil kerja yang telah berjaya Melur buat baru-baru ni..simple sahaja. dengan menggunakan sehelai mukasurat dari majalah lama dan lebihan kertas pembalut hadiah,Melur telah berjaya mencantikkan kotak kasut yang plain..boleh je kalo Melur balut dengan kertas pembalut tu, tapi Melur nak tampilkan kelainan sikit..tengoklah hasilnya...

Kotak asal yang kosong

Keratan helaian majalah & pembalut dijalin berselang-seli

Inilah hasilnya..(",)

Wednesday, September 14, 2011

Hmm...bengkek...

Salam...Melur tgh bengkek ngan sorang member kat opis Melur ni..xtau la apa kena ngan dia tu..selalu sangat menjenguk kat tempat Melur..apa,dia ingat Melur xde keje ke?dia sorang je ke yang bz  kat opis ni?kalo dah bz ada masa lak menjenguk kat tempat orang...bengang3x...Ya ALLAH bantulah hambaMU untuk jadi seorang yang lebih penyabar...aminnnn....

Tuesday, September 13, 2011

Missing someone....

Salam...hari ni Melur rasa rindu tiba2...dan bagai memahami, si dia tiba2 sms Melur..untuk bertanya khabar dan bagitahu dia dah balik ke U barangkali..agak lama kami tak bertanya khabar...hampir dua minggu...mungkin dia sibuk...atau mungkin dia memang x ingatkan Melur pon...Melur?Melur takde la sibuk sangat..cuma Melur taknak terlalu mengikut perasaan...biar Melur rindu, tapi Melur taknak dia tahu...oh hati fahamilah...janganlah selalu kau merindu...

Thursday, September 8, 2011

Kepentingan Komunikasi Yang Berkesan

salam...entry kali ni saja nak kongsikan berkenaan kepentingan komunikasi yang berkesan..mungkin bahasa yang kita gunakan berbeza, namun dengan kaedah yang betul,maksud yang ingin disampaikan dapat difahami dengan jelas..So, Melur nak kongsikan sedutan rancangan favourite Melur iaitu 'Two days One night'.. kelakar sangat...sakit perut sebab banyak sangat gelak..tapi dalam gelak2 pon, ada pengajaran di sebalik permainan yang dorang ni main..


cuba korang perhatikan, kalo banyak sangat orang yang menyampaikan, kadangkala maksud sebenar x tercapai..sebab banyak sangat tambahan..dalam video ni jugak kita leh tgk lain orang, lain cara dia menggambarkan maksud yang disampaikan..so,pilihlah cara terbaik untuk berkomunikasi...hee (",)v

Wednesday, September 7, 2011

Hafiz Hamidun vs Lee Seung Gi

Salam...entry kali ni masih pasal kegilaan Melur pada K-Pop.. Alkisahnya, Melur suka sangat rancangan 'Two Days One Night' yang selalu ditayangkan  pada setiap hari jumaat (10.20pm) di KBS TV saluran Astro 391.. Rancangan tu berkisarkan 6 orang artis memperkenalkan Korea kepada umum dengan pengambaran di seluruh Korea. Salah seorang artis tu adalah Lee Seung Gi. Seung Gi ni merupakan idol yang popular la di Korea. Dia ni seorang penyanyi, pelakon, emcee,(dan semenjak 2 menjak ni macam pelawak la plak)  yang comel, bijak, dan kelakar..Melur memang minat ngan dia ni..

Kalau kat Malaysia plak, ada seorang yang Melur rasa lebih kurang macam Lee Seung Gi ni...Hafiz Hamidun, itulah namanya..Xtahu dia ni kategori terkenal ke x,tp bg Melur, dia ni seorg yang multi-talented..boleh menyanyi, menggubah lagu, mengacara dan pernah berlakon..dia ni dulu bekas ahli kumpulan nasyid UNIC..Melur selalu tgk dia jd pengacara dalam Rancangan Tilawah Interaktif..rancangan ni memberi peluang kepada penonton untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara dalam telefon dan Ustaz jemputan akan memberikan komen terhadap bacaan tersebut..penonton yang bertuah dengan bacaan yang baik akan berpeluang memenangi hadiah..

Hmm..yang sebenarnya,Melur ceritakan pasal dua orang hamba ALLAH ni sebab Melur terperasan ada persamaan antara mereka berdua..Alkisahnya, 2-3 hari lepas Melur tengah melayari laman web peminat Lee Seung Gi dan tiba2 Melur seolah-olah terpandang Hafiz Hamidun ketika tu..dorang ni memiliki senyuman, mata dan hidung yang sama..dorang ni mempunyai lesung pipit yang kecil (Melur biasa panggil telaga buruk) kat tepi bibir..tapi Hafiz ada lesung pipit yang sangat dalam dan sangat comel..

Dengan sedikit research (konon-kononnya), Melur amik beberapa keping gambar untuk membuat perbandingan..apa pendapat korang?sama ke tak?

senyuman dan gigi yang sama
memang seiras kan?
gaya pon sama
mata pon sama

Tuesday, September 6, 2011

How to Count 1 to 10 in Korean

Salam...disebabkan Melur dilanda demam K-Pop sekarang, Melur telah membuat tekad untuk belajar bahasa Korea..Pertama sekali, Melur ingin berkongsi bagaimana untuk mengira 1 hingga 10 dalam bahasa Korea..enjoy your learning!!

Instructions
1Count the number one by saying "hana," pronounced "HA-nah" in Native Korean or "il," pronounced "ill," in Sino Korean.
2 Count the number two by saying "dul," pronounced "dool" in Native Korean or "i," pronounced "ee," in Sino Korean.
3 Count the number three by saying "set," pronounced "set" in Native Korean or "sam," pronounced "sam," in Sino Korean.
4 Count the number four by saying "net," pronounced "net" in Native Korean or "sa," pronounced "sah," in Sino Korean.
5 Count the number five by saying "da-sul," pronounced "DA-sut" in Native Korean or "o," pronounced "oh," in Sino Korean.
6 Count the number six by saying "yuh-seot," pronounced "YA-sut" in Native Korean or "yuk," pronounced "yook," in Sino Korean.
7 Count the number seven by saying "il-gop," pronounced "EEL-gope" in Native Korean or "ch'il," pronounced "CH-eel," in Sino Korean.
8 Count the number eight by saying "yuh-deol," pronounced "YA-dool" in Native Korean or "p'al," pronounced "P-all," in Sino Korean.
9 Count the number nine by saying "ah-hop," pronounced "AH-hope" in Native Korean or "ku," pronounced "goo," in Sino Korean.
10 Count the number 10 by saying "yeol," pronounced "yool" in Native Korean or "sip," pronounced "ship," in Sino Korean.

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011 / 1432H

Salam...Aidilfitri menjelma lagi...tahun ni aidilfitri bagi keluarga Melur amat bermakna sebab semua adik-beradik dapat berkumpul...bukan itu saja, tahun ni kami menyambut aidilfitri dengan 3 orang ahli baru..kakak ipar, adik ipar dan anak saudara...warna tema bagi keluarga kami untuk aidilfitri tahun ni adalah hijau..

Keluarga kami

Keluarga besar kami
Melur dikelilingi kumbang-kumbang...hee
Melur & anak sepupu - Tasnim
Sepupu & famili
Tahun ni jugak first time kitorang buat sate sebagai hidangan untuk tetamu..dan sambutan dari tetamu yang hadir sangatlah menggalakkan..(cewahh!!!macam berniagalah pulak...hee)..dan macam biasa la...kalo dh ramai lelaki dalam rumah, ramailah tetamu lelaki yang datang...tak terlayan Melur dibuatnya..
Tetamu yang hadir
Semua lelaki
saudara mara

Setelah Sekian Lama...

Salam...lamanya x jenguk blog ni berhabuk dh..mcm x bertuan je..hee..kesibukan diri ditambah kesukaran untuk 'online' telah menyebabkan lama blog ni tidakku jenguk..sekarang blog ni dh berwajah baru..(ada ke org yang perasan?huhuhu...)ada tambahan sedikit...insyaALLAH 'coming soon' makin gempak...(byk lg nk kena blaja ni..hee)

Hmm..skrg ni masih dalam mood raya..so mood nk keje blom mai lg..(apa la Melur ni..hehe)..2 yg ada masa je nk update blog ni..apa nk citek?Ooo..tahun ni Melur dh dpt kegilaan baru..(kegilaan Melur terhadap K-Pop masih berterusan..hee)..tahun ni, actually baru 2 minggu kebelakangan ni Melur dh mula minat menjahit manik...ni bahana sbb asik tgk member Melur jahit la..awal2 rasa cm remeh,tp bila kegilaan  dtg, asyik mengadap manik 2 je..nk tgk hasilnya?hehe...Inilah hasilnya..walaupun x berapa kemas tp ok lah  kot bagi first timer cam Melur..hehe...


Bahagian Hadapan Baju
Bahagian Lengan
Keseluruhan Baju
Melur ada satu lagi kegilaan sempena raya ni...tahun ni dh pandai wat kuih raya...ada 2-3 jenis kuih yang Melur wat ngan Kak Tini (member yang Melur tumpang di rumahnya) &  Midah (member seopis)..kami sama2 wat cornflakes chocolate chips, cornflakes madu & popia nestum..pastu bila balik umah Melur wat kuih sarang semut n popia bersira...kira ok la..sebab time dihidangkan pada hari raya, tetamu makan je..dorang pon puji ckp sedap (kembang semangkuk la Melur masa 2..hee)..ada kawan siap tapau bawak balik lg..hee..lepas wat kuih 2 baru Melur terfikir,rupa2nya senang je wat biskut raya ni...nk kna cukup bahan, peralatan & semangat je..insyALLAH,hasilnya berbaloi..hee..nk tunjuk gk kuih raya Melur buat sendiri..hee

Biskut Sarang Semut & Cornflakes Chocolate Chips