Sunday, January 22, 2012

Not feeling well...

Bismillah. Melur demam..huhu..ni bahana pegi Penang la ni. Cuaca kat sana memang panas terik + kami (Melur & Cik Puan Tini) terlalu excited menyebabkan kami rasa tak sihat. Sekarang ni pun tekak sakit + batuk-batuk. Uhuk-uhuk-uhukkkk. Next entry la Melur story-mory pasal lawatan teknikal ke Pulau Pinang tu ye. Tolongla sihat dengan segera cik Melur oiiii...huhu

Sunday, January 15, 2012

Awal tahun yang sangat busy..

Bismillah. Dah agak lama Melur tak update blog ni. Al maklumlah, sejak masuk tahun baru ni, kerja Melur makin bertambah. Cadangnya nak update blog hari-hari, tapi masih tak sempat..hehe..I' ll try my best to update latest story of me. Cewwah!! Macam artis la plak. hee.. Hmm, minggu ni pon buzy jugak. Malam ni Melur akan bertolak ke Pulau Pinang. Hari Khamis baru balik. Minggu depan dah cuti Tahun Baru Cina. Isk3x.. Banyaknya kerja nak kena setelkan sebab habis cuti Tahun Baru Cina, berderet mesyuarat menunggu..huhu..

Apa-apa pun Melur akan try wat yang terbaik. Try siapkan kerja dengan hasil yang cemerlang dan update blog ngan crite-crite terbaru..Tunggu....

Thursday, January 5, 2012

Gambar Kahwin Mohammad Roslan Rozak

Salam.. entry kali ni Melur nak share gambar kawen member Melur si Lan. Hari tu tak sempat nak masukkan. Masa kenduri kat umah pengantin pompuan ari tu Melur tak sempat nak amik gambar. Masa tu hujan lebat + pengantin duk makan-makan & bergambar, Melur plak tak terfikir lak nak ambik gambarnya.hehehe.. So, masa kenduri sambut menantu kat umah Lan, Melur sempat la mengabadikan gambar kenangan bersama pasangan pengantin baru ni.
~Pengantin & Melur~
 Entah macam mana, masa makan-makan-makan tu terserempak plak ngan anak pakcik mamat ni. Menyibuk je...hahaha


~Menyibuk je nak enteprem..huhu~

Kepada Lan & isteri, Melur doakan semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Senyum sampai ke telinga si Lan ari tu. Maklumlah, hajat dah tercapai ye?hehehe

Wednesday, January 4, 2012

Jalan-jalan di waktu petang

Salam. Semalam, habis je waktu kerja, kami (Melur, Cik Puan Tini & Cik Mid) jalan-jalan kat Pantai Batu Burok. Sape-sape yang pernah datang Terengganu tau la pantai ni. Waktu kitorang sampai, cuaca memang elok. Tak macam musim tengkujuh pun. Tapi ombak agak besar. Takut nak gi dekat. Kitorang main kat tepi-tepi je. Sambil menikmati keagungan ciptaan Ilahi, kitorang main tulis-tulis atas pasir (memang kebudak-budakan kan?)hehe.. Tapi memang best la. Hilang terus stress..
~Wajah-wajah ceria kami~
Bagi yang tak pernah datang ke sini, adalah diingatkan, pantai ni tak sesuai untuk orang mandi manda. Tapi Melur pun tak faham, masih ada juga yang mandi kat situ. Memang suka menempah bahaya. Lagi satu, semalam Melur tengok banyak ikan mati terdampar kat pantai. Seketika timbul rasa takut bila teringatkan peristiwa tsunami 6 tahun lepas. Mungkin disebabkan air pasang, jadi ikan tersebut dihanyutkan ombak ke pantai. Hanya ALLAH yang mengetahui segalanya.. 

Biasanya kalau Melur ke sini, Melur suka kutip 'umang-umang'. Melur tak tau apa nama sebenar makhluk tu, tapi  'beliau' adalah spesies udang yang ada cengkerang. Tapi kunjungan kami kali ni takde plak binatang comel tersebut. Biasanya kalau ombak menghempas pantai, banyak je 'dorang' bertaburan atas pasir, tapi kali ni pasir je. Mungkin disebabkan air pasang, maka 'dorang' pun berpindah kot. Ye ke?hahaha.. Memandai je Melur ni kan? Tengah duk asyik menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa tu, tiba-tiba ada sesuatu di bawa ombak ke pantai. Melur pun amik la, rupa-rupanya sebatang kayu yang penuh ngan teritip. Hidup lagi teritip ni tau? Comel sangat. ;) Lepas amik gambar, kayu tu Melur kembalikan ke laut. Lepas tu taktau ombak bawa ke mana dah. 
~Teritip di kayu hanyut~
Lepas setengah jam 'menghilangkan stress' sambil 'menggedik' di pantai, kitorang makan-makan di gerai yang menghadap ke pantai. Menu yang disediakan adalah masakan panas & makanan bergoreng celup tepung. Melur makan nugget ayam, bebola ketam celup tepung & air kelapa. Harganya adalah RM5. Mahal ke murah? Melur taknak komen. Terpulang pada pendapat masing-masing. Bak kata Nabil, lu pikir la sendiri..hehe
~Jom makan~
Kitorang balik dalam pukul 6.45 petang. Seronok sangat berada di pantai ini walaupun kitorang kat situ lebih kurang sejam je. Masa kitorang nak balik tu, Melur tengok masih ramai orang kat situ. Ada yang joging, sembang-sembang, main kuda, naik ATV dan macam-macam lagi. Ikutkan hati, Melur pun taknak balik lagi tapi mengenangkan hari dah nak Maghrib, terpaksa la balik. Tak elok la anak dara balik lewat-lewat, kan?hehe.. InsyaALLAH kitorang akan bertandang lagi nanti. Dan, pantai ni bakal menjadi destinasi kitorang menghilangkan tekanan hidup kelak. YEAHHH!!!
~ Indahnya ciptaanMU Ya ALLAH~

Tuesday, January 3, 2012

Souvenir from Hong Kong

Salam. Yeay!!! Minggu lepas my friend, Cik Puan Tini baru balik bercuti dari Hong Kong. Percutian bersama keluarga. Jelesnya Melur. Belum ada rezeki nak melancong ke luar negara. Kat dalam negara pun Melur tak melancong, apatah lagi nak keluar negara. huhu.. Hanya mampu mengharapkan ada kursus kat tempat-tempat menarik je. Sambil berkursus sambil makan angin. hee ;)

InsyaALLAH kalau takde aral melintang, bulan Februari nanti mungkin Melur akan berkursus di Cameron Highlands. Sekarang ni tengah menunggu kelulusan kertas kerja oleh pengarah. Harap-harap lepas la. Bukan apa, sejak bekerja di unit baru ni, Melur rasa hidup Melur penuh tekanan. Jadi, tak salah rasanya kalau dapat berkursus ke tempat yang menarik sikit. Bukan suka-suka, bekerja ok?hee

Berbalik pada kawan Melur, Cik Puan Tini ni, seronok dengar dia cite pengalaman bercuti ke luar negara. Siap pergi kat Disneyland lagi. Waa!!! Jelesnya Melur...huhu.. Apa-apa pun, part yang best ialah... Souvenir dari Hong Kong la. hehe..

Inilah souvenir dari beliau. ;)
Yang tak tahannya, ada jugak hiasan kereta Angry Bird tu. Dia memang tau Melur ni suka sangat ngan Angry Bird tu. haha.. Cik Puan Tini, u buat i terharu la. I sayang u lebih la. mmuahh!! (>,<)

~ Terima kasih daun keladi, kalau ada bagi la lagi. hahaha..

Monday, January 2, 2012

Inspiring By Her..

Salam.. Baru lepas tengok blog The Creative Place tadi.. Very interesting. This blog has been my most visited  site since I found it. Suka sangat tengok dia berkarya sambil melayan 2 orang anak yang sangat comel. Dan sempena tahun baru 2012 ni, the blog owner  nak bagi planner 2012 for the lucky followers. I wish I can be like her some day. I wish I can be more creative and can share it together just like her..

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012


Assalamualaikum.. Selamat tahun baru 2012.. Wah wah wah.. Dah berakhir tahun 2011 dan sinar 2012 mula menjelma. Umur pun dah makin bertambah. huhu.. Harap tahun 2012 membawa 1001 kemanisan dalam hidup kita. Mengenang kembali sepanjang 2011, banyak suka duka dilalui Melur dan keluarga. Kat bawah ni serba sedikit coretan hidup Melur sepanjang tahun 2011 (berdasarkan gambar yang dirakam dalam handphone Melur):

Januari 2011:
# Dapat panggilan temuduga SPA
# Dapat anak sepupu baru - Rabiatul Damia Amaleen bt Encik Abdul Rahman

Februari 2011:
# Menghadiri temuduga SPA di Wisma Negeri
# Kena marah 'kaw-kaw' ngan WPP3..oh tergurisnya hati Melur:'(
# Buat garaj baru belakang rumah

Mac 2011:    
# Ramai member kawen & bertunang bulan ni..huhu sedihnya bila mengenangkan Melur masih sendiri :'(

April 2011:  
# Sekat kerja kontraktor kat atas tanah kami di Padang Ping. (kecoh satu daerah anak arwah Ton Yusof sekat projek Menteri Besar)
# Buat bilik baru untuk adik-adik ( Ayub, Jalal & Halim)
# Sambut birthday mak
# Mengharung banjir (sian WSY kena harung banjir, nasib tak rosak), lepas tu siap ronda-ronda naik bot lagi..best...
# Jalan-jalan sambil kerja ke KL & Genting bersama Lan, Ani & si kecil Aisy.. seronok sangat time tu.
# Beli perabot bilik tidur Ayub

Mei 2011:  
# Sambut hari ibu.. makan chocolate indulgence..best sangat
# Berubat mokwe (nenek)

Jun 2011:
# Melapor diri di Kementerian Kerja Raya. Alhamdulillah, akhirnya dapat kerja tetap.
# Ramai juga member yang kawen & bertunang bulan ni. huhu..mode sedih lagi..
# Mokwe sakit teruk, semua saudara berkumpul.
# Mokwe masuk wad. Penatnya ulang alik dari umah-hospital-pejabat-hospital-umah :'(

Julai 2011: (Bulan yang palin memenatkan sepanjang tahun ni)
# Pindah kerja ke HQ K. Terengganu. Sedihnya :'( Banyak kenangan tercipta di Pakej 11
# Kursus pengenalan pegawai baru di Putrajaya
# Ayub kawen di Klang. Penat balik kursus tak hilang lagi kena gi Klang plak. huhu..takde pun sambutan hari lahir tahun ni..sedihnya..
# Majlis sambut menantu di rumah
# Kursus di Cherating.(tak hilang lagi penat kenduri, huhu) masa tu juga dapat anak saudara yang sulung -Tun Muhammad Afiq Asyraf bin Tun Mohd Hamidy dan esoknya dapat berita Mokwe dah meninggal. Balik ke kampung malam tu juga :'( penat sangat..

Ogos 2011:
# Umat Islam dah mula berpuasa. seronok sangat..
# Berbuka puasa dengan Cik Puan Tini &  Cik Mid di Dataran Syahbandar.
# Jalan-jalan & shopping untuk raya bersama Cik Puan Tini & Midah di area K.Terengganu
# Mula berminat untuk menjahit manik (setelah dipengaruhi oleh Cik Puan Tini & Cik Mid) dan hasilnya dapatlah siapkan manik di salah satu baju raya.
# Sambutan Hari Raya pada 30/8/2011. Tema raya tahun ni adalah hijau.. ;p


September 2011:
# Pertama kali WSY disaman. Abang ngah yang bawa. Tak boleh terima ngan sebab saman tersebut.. Nombor plat kabur? apakah itu....? :'(
# Majlis cukur jambul Afiq
# Kursus -kursus- kursus


Oktober 2011:
# Kursus sambil jalan-jalan bersama Lan, Cik Puan Tini & Ani di KL. Seronok sangat.. ;p
# Report - meeting - audit bosannya kerja sekarang ni..huhu
# First time makan steamboat dengan Cik Puan Tini & Cik Mid. Best.. Akan pergi lagi nanti
# Kursus beramai-ramai di Pantai cahaya Bulan. Best gak

November 2011:
# Tolong-tolong Cik Puan Tini & Cik Mid wat preparation tuk majlis pertunangan Cik Mid
# Beli baju pengapit dengan 'Mr. Aqua' dan Cik Mid untuk majlis kahwin Iela nanti.
# 'Parti Bujang Lan' bersama Cik Puan Tini, Lan & Tokey di Pizza Hut Giant
# My baby "WSY" dah berumur 2 tahun..huhu..bangganya
# Gi kenduri kawen Baity n jalan-jalan lepaskan tension di Kemaman dengan Cik Puan Tini & Cik Mid
# Sekali lagi WSY mengharung banjir. tapi kali ni air sikit aje..huhu

Disember 2011:
# Jadi pengapit bersama 'En. Aqua' untuk majlis Iela. seronok sangat time tu..
# Ani bersalin di HSNZ. sempat tengok si kecil 'Aryan'. comelnya..tak sabar Melur nak ada baby sendiri :'(
# Berkumpul bersama keluarga di umah Abang Ki (sepupu)- kenduri arwah
# Mak masak bubur asyura khas buat Melur.-terharunya..:')
# Start projek menjahit manik untuk baju yang kedua.
# Menghabiskan sisa-sisa 2011 dengan berkurung dalam rumah aje- sejuk, hujan sepanjang hari. malas nak keluar.

Walaupun tahun 2011 telah berlalu, dan 2012 telah bermula, Melur masih sama. Azam tahun lepas masih gagal Melur capai. Harap-harap tahun ni Melur dapat mencapai impian Melur tu. Dan Melur harap tahun ni adalah hamba ALLAH yang sudi menyunting Melur dari taman bunda..huhu..tak melampau kan azam tu??hee ;p