Sunday, January 1, 2012
Selamat Datang 2012
Assalamualaikum.. Selamat tahun baru 2012.. Wah wah wah.. Dah berakhir tahun 2011 dan sinar 2012 mula menjelma. Umur pun dah makin bertambah. huhu.. Harap tahun 2012 membawa 1001 kemanisan dalam hidup kita. Mengenang kembali sepanjang 2011, banyak suka duka dilalui Melur dan keluarga. Kat bawah ni serba sedikit coretan hidup Melur sepanjang tahun 2011 (berdasarkan gambar yang dirakam dalam handphone Melur):
Januari 2011:
# Dapat panggilan temuduga SPA
# Dapat anak sepupu baru - Rabiatul Damia Amaleen bt Encik Abdul Rahman
Februari 2011:
# Menghadiri temuduga SPA di Wisma Negeri
# Kena marah 'kaw-kaw' ngan WPP3..oh tergurisnya hati Melur:'(
# Buat garaj baru belakang rumah
Mac 2011:
# Ramai member kawen & bertunang bulan ni..huhu sedihnya bila mengenangkan Melur masih sendiri :'(
April 2011:
# Sekat kerja kontraktor kat atas tanah kami di Padang Ping. (kecoh satu daerah anak arwah Ton Yusof sekat projek Menteri Besar)
# Buat bilik baru untuk adik-adik ( Ayub, Jalal & Halim)
# Sambut birthday mak
# Mengharung banjir (sian WSY kena harung banjir, nasib tak rosak), lepas tu siap ronda-ronda naik bot lagi..best...
# Jalan-jalan sambil kerja ke KL & Genting bersama Lan, Ani & si kecil Aisy.. seronok sangat time tu.
# Beli perabot bilik tidur Ayub
Mei 2011:
# Sambut hari ibu.. makan chocolate indulgence..best sangat
# Berubat mokwe (nenek)
Jun 2011:
# Melapor diri di Kementerian Kerja Raya. Alhamdulillah, akhirnya dapat kerja tetap.
# Ramai juga member yang kawen & bertunang bulan ni. huhu..mode sedih lagi..
# Mokwe sakit teruk, semua saudara berkumpul.
# Mokwe masuk wad. Penatnya ulang alik dari umah-hospital-pejabat-hospital-umah :'(
Julai 2011: (Bulan yang palin memenatkan sepanjang tahun ni)
# Pindah kerja ke HQ K. Terengganu. Sedihnya :'( Banyak kenangan tercipta di Pakej 11
# Kursus pengenalan pegawai baru di Putrajaya
# Ayub kawen di Klang. Penat balik kursus tak hilang lagi kena gi Klang plak. huhu..takde pun sambutan hari lahir tahun ni..sedihnya..
# Majlis sambut menantu di rumah
# Kursus di Cherating.(tak hilang lagi penat kenduri, huhu) masa tu juga dapat anak saudara yang sulung -Tun Muhammad Afiq Asyraf bin Tun Mohd Hamidy dan esoknya dapat berita Mokwe dah meninggal. Balik ke kampung malam tu juga :'( penat sangat..
Ogos 2011:
# Umat Islam dah mula berpuasa. seronok sangat..
# Berbuka puasa dengan Cik Puan Tini & Cik Mid di Dataran Syahbandar.
# Jalan-jalan & shopping untuk raya bersama Cik Puan Tini & Midah di area K.Terengganu
# Mula berminat untuk menjahit manik (setelah dipengaruhi oleh Cik Puan Tini & Cik Mid) dan hasilnya dapatlah siapkan manik di salah satu baju raya.
# Sambutan Hari Raya pada 30/8/2011. Tema raya tahun ni adalah hijau.. ;p
September 2011:
# Pertama kali WSY disaman. Abang ngah yang bawa. Tak boleh terima ngan sebab saman tersebut.. Nombor plat kabur? apakah itu....? :'(
# Majlis cukur jambul Afiq
# Kursus -kursus- kursus
Oktober 2011:
# Kursus sambil jalan-jalan bersama Lan, Cik Puan Tini & Ani di KL. Seronok sangat.. ;p
# Report - meeting - audit bosannya kerja sekarang ni..huhu
# First time makan steamboat dengan Cik Puan Tini & Cik Mid. Best.. Akan pergi lagi nanti
# Kursus beramai-ramai di Pantai cahaya Bulan. Best gak
November 2011:
# Tolong-tolong Cik Puan Tini & Cik Mid wat preparation tuk majlis pertunangan Cik Mid
# Beli baju pengapit dengan 'Mr. Aqua' dan Cik Mid untuk majlis kahwin Iela nanti.
# 'Parti Bujang Lan' bersama Cik Puan Tini, Lan & Tokey di Pizza Hut Giant
# My baby "WSY" dah berumur 2 tahun..huhu..bangganya
# Gi kenduri kawen Baity n jalan-jalan lepaskan tension di Kemaman dengan Cik Puan Tini & Cik Mid
# Sekali lagi WSY mengharung banjir. tapi kali ni air sikit aje..huhu
Disember 2011:
# Jadi pengapit bersama 'En. Aqua' untuk majlis Iela. seronok sangat time tu..
# Ani bersalin di HSNZ. sempat tengok si kecil 'Aryan'. comelnya..tak sabar Melur nak ada baby sendiri :'(
# Berkumpul bersama keluarga di umah Abang Ki (sepupu)- kenduri arwah
# Mak masak bubur asyura khas buat Melur.-terharunya..:')
# Start projek menjahit manik untuk baju yang kedua.
# Menghabiskan sisa-sisa 2011 dengan berkurung dalam rumah aje- sejuk, hujan sepanjang hari. malas nak keluar.
Walaupun tahun 2011 telah berlalu, dan 2012 telah bermula, Melur masih sama. Azam tahun lepas masih gagal Melur capai. Harap-harap tahun ni Melur dapat mencapai impian Melur tu. Dan Melur harap tahun ni adalah hamba ALLAH yang sudi menyunting Melur dari taman bunda..huhu..tak melampau kan azam tu??hee ;p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment