Tuesday, March 12, 2013

Maaf, tak sengaja...:'(

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum. hari ni Melur nak update sikit pasal kejadian yang menimpa Melur petang tadi. Sadis betul rasanya. huhu.. Sampai sekarang ni masih teringat2 lagi.. ALLAH, maafkan Melur. Melur betul2 tak sengaja tadi. :'(

Alkisahnya..hari ni Melur rasa kurang sihat sikit. Semua gara-gara sistem penghadaman yang kurang menjadi la semenjak dua menjak ni. Agaknya perubahan cuaca + kurang air lam badan. Melur kena sembelit. Ya ALLAH..sakit sangat nak buang air besar. rasa cam nak menangis lam toilet. pastu Melur tengok ada banyak darah lam toilet tu..Sebenarnya memang dah 2-3 hari Melur perasan tiap kali lepas 'qada hajat' banyak darah tapi Melur buat donow jelah sebab Melur tengah 'ABC'. Tapi malam tadi Melur rasa lain macam sebab Melur tengok darahnya lain macam sket dan memang kat 'montot' tu rasa pedih2 sket. Luka sebab sembelit tu la..:'(

Dan yang paling tak tahan lepas 'qada hajat' tu la. Rasa sakit semacam je. Melur dah jadi cam cacing kepanasan je, duk camni sakit, duk camtu tak selesa. Pendek kata memang menhitung waktu untuk balik la. Nak dijadikan cite , petang tadi adik Melur si tun Jalal call cakap nak pinjam duit nak beli galaxy note 10.1 dari dak depan umah. So balik keje Melur pegi la ATM kat Giant Kuala Terengganu jap. Tengok-tengok jam dah pukul 6.15 pm. Apalagi, bergegas la Melur balik..Jauh jugak perjalanan nak sampai ke rumah (43km).

Tapi yang jadi masalahnya, pengguna jalanraya kat Terengganu ni pelik sikit. yang slow duk lorong laju dan yang laju duk lorong slow. Motor plak takdenya nak duk tepi..hamek ko..kat tengah2 dorang duduk. Tak masuk lagi yang bawa slow kat jalan satu lorong.. Nak mengamuk rasanya lam keta tadi. Dahla Melur ni sakit 'montot', dorang plak menghalang dari Melur sampai cepat. Rasa tadi cam taktahan sangat je sakitnya..huhu.. Nasib baik alunan Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun sedikit sebanyak mengurangkan stress yang Melur hadapi tadi.

Dalam stress dan sakit tu, akhirnya dalam pukul 7 petang baru Melur sampai umah. Dek kerana sakit sangat, laju je Melur masuk kat halaman umah. Tiba2....jeng3...Melur rasa Melur terlanggar something. Masa tu Melur tak terfikir apa dah.. Ni mesti tudung tong ikan adik terjatuh kat depan laman ni. Bila Melur kuar keta Melur tengok anak kucing mengeliat2 dah kat tengah laman tu.

Astaghfirullahal azim...terperanjat Melur. Tak sangka 'benda' yang Melur langgar tu adalah kucing. Yang sekor tu memang lenyek kepalanya. Ibu kucing tu Melur tengok larikan diri dengan mulut berdarah. ALLAH...apa yang Melur dah buat ni. tak semena-mena air mata jatuh kat situ juga..Kesian kat anak kucing tu, mati lam keadaan terseksa dia..

Dalam terketar-ketar dan sebak Melur call mak bagitau Melur dah langgar kucing tu. Mak cakap nak buat macam mana, benda dah nak jadi kan? Bukan Melur sengaja pon. Kucing2 tu pon selalu sangat lepak kat situ. dah beberapa kali dah Melur tengok. tapi sebelum ni time Melur balik ada orang tolong warning. dan Melur pon jarang masuk laman laju2 sebab ada je orang kat kedai sebelah umah tu. takut tiba2 dorang melintas tak ke naya. Entah camne plak hari ni tiba2 terbawa laju. huhu

Melur tanya mak apa yang nak dibuat sebab Melur pernah dengar orang kata kalo langgar kucing nanti akan majal atau ditimpa malang. Malas nak percaya tapi kadang-kadang takut juga kalo betul2 terjadi nanti. Tapi mak cakap xde pape terus Melur senang hati sket. Biasa abang dan adik Melur akan campak duit syiling keluar dari keta. kononnya nak buang majal la.. Nak percaya kang takut syirik plak. So Melur berserah pada Tuhan je la. Harap-harap xde pape yag berlaku pada Melur nanti.

So moral of the story, kalo bawa keta kena hati-hati.. jangan ingat kita je yang ada atas jalan tu. banyak lagi nyawa lain yang turut sama guna jalan tu untuk kegunaan masing-masing. Lepas ni Melur kena lebih hati2 la..taknak perkara ni berlaku lagi. Dan mulai esok kena banyakkan minum air dan makan buah serta sayur bagi elakkan sembelit berterusan. risau juga takut buasir nanti. Lagi naya kalo kena buasir..huhu..

Ok la..nak tisur dulu..sok nak keje..malam ni mesti teringat2 kejadian tadi..sesungguhnya, Melur tak sengaja.. Ampunkan Melur ya ALLAH..wassalam..

No comments:

Post a Comment