Salam...hohoho...hari ni baru Melur masuk opis..actually hari ahad Melur dah masuk, tapi terpaksa pergi klinik dapatkan mc sebab tak larat sangat.. nak buat keja pon xde mood dan xleh fokus..
alkisahnya, bangun pagi ahad tu Melur dah rasa tak sihat..tekak rasa sakit sangat sampaikan nak telan air liur pon terasa seksa sangat..tapi masa tu badan rasa ok lagi. masa on the way ke opis tu Melur rasa lain macam..badan cam rasa sejuk semacam je. masa tu Melur dah rasa Melur nak demam..tapi still Melur gagahkan diri juga nak sampai kat opis ni.
dah sampai opis, Melur gagahkan juga diri buat keje sikit-sikit. mana yang penting Melur selesaikan dulu memandangkan Melur pon lama dah tak masuk opis. tapi dalam pukul 10 lebih, Melur dah tak tahan sangat, so Melur dapatkan permission bos untuk gi klinik.
Bila dah jumpa doktor tu, baru la tau..rupanya tekak Melur dijangkiti kuman. kata doktor ada tonsil yang membengkak dalam tekak..dah merah. sebab tu la Melur rasa sakit dan suhu badan pon dah naik sikit. 37.4 kalo tak silap.kata doktor baru mula-mula nak demam. so doktor bagi ubat dan bagi MC sehari.kata doktor, kalo suhu 39, dia akan bagi MC 2 hari..takpela, yang penting Melur nak balik dan berehat.
sebelum balik umah, Melur setelkan dulu beberapa keje dan bagitau bos dapat MC. masa drive tu, Melur just gagahkan diri je untuk sampai ke rumah sebab Melur sebenarnya memang tak larat sangat.nasib baik selamat sampai walaupun agak lambat sket jika nak dibandingkan dengan sebelum ni.
sampai je kat umah, Melur terus masuk bilik dan terus berehat. tapi bila dah tak sihat, nak berehat pon susah..masa tu Melur rasa sakit satu badan, rasa sejuk semacam walaupun badan panas sangat dan sakit kepala yang tak tertahan.
last-last, mak Melur basahkan kepala ngan air ramasan kangkung, baru la kurang sket sakit kepala dan boleh la tido lena..satu hari Melur baring je..bangun je mesti sakit sangat kepala dan rasa nak pitam..last-last hari isnin pon Melur cuti. terpaksa amik cuti rehat sebab doktor bagi satu hari je..and today, alhamdulillah..Melur dah sihat..walaupun x sihat sepenuhnya lagi, tapi cukuplah untuk bertenaga datang ke opis..hee..
bila dah sakit ni baru la Melur terfikir nikmat ketika sihat..huhu...taknak sakit lagi...x best langsung....:'(
Sama ler kita ni, saya pun ada rasa rasa cm nak demam jea...
ReplyDelete