Thursday, July 25, 2013

Epi 2nd Besday My Handsome Boy


Salam 16 Ramadhan. Hari ni, 25hb. Julai 2013, genap 2 tahun usia anak buah Melur yang sulung, Tun Muhammad Afiq Asyraf bin Tun Mohd Hamidy. Selamat hari lahir anak buah makteh yang encem..
~Keciknya kamu ketika ini ~ 2.01kg je ;p
 Tak sedar masa berlalu, dah masuk 2 tahun kamu masuk dalam keluarga ni. Melihat kamu membesar dengan sihat, membuatkan makteh rasa bahagia sangat. Tak sabar rasanya nak melihat kamu bertatih dan memanggil-manggil nama makteh..Semoga cepat-cepat boleh berjalan dan bercakap sayang. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya membawa Islam ke satu mercu yang tertinggi.
~Comelnya kamu~
~Yang buatku tersenyum~


~Pandai tak caye posing?~
~Caye cuka amek gambar..hee~
~Afiq, tangismu juga makteh rindu~ ;p

p/s: Lepas ni dh takleh panggil adik lagi, kena panggil abang long plak sebab dah ada adik Qalesya ^.^

Tuesday, July 23, 2013

Episod Stress

Salam 14 Ramadhan. Hari ni, episod stress dalam hidup Melur masih berterusan. Petang tadi, ketika Melur sedang berkemas untuk balik dari pejabat, Melur dapat panggilan dari kakak ipar tiri. (isteri kepada abang tiri~ betul la kan panggilan tu??)
Melur: Assalamualaikum..nape kak Gee?
KakGee: Waalaikumsalam. Ni ha, mak si ##### (nama terpaksa dirahsiakan) datang umah tadi. Dia suruh tanya saiz cincin awak?
Melur: Hah??? Alapadan doh la.. Gane ni Kakgee? Orang tak kata setuju pon lagi. Dah sampai tahap nk sarung cincin ni wat orang rasa debor (berdebar) ni.
KakGee: Oloh xde menda la. Dorang cuma nak hantar tanda je. Bukan nak bertunang pon. Konon-konon nak cop la ni..
Melur: Adui la..tapi orang rasa tak bersedia lagi. (huhu sedihnya..xde orang paham ke?) Lagipon orang tak pernah pakai cincin..taktahu pon saiz brapa yang muat jari ni..
KakGee: Oloh awak gi je kedai emas kejap. Try la tanya dorang saiz brapa muat ngan jari awak tu..
Melur: Hmm..tengok la dulu..
KakGee: Ok, nanti dah dapat bagitau ye?Dorang nak tahu cepat ni..
Melur: Hmm.. In Shaa ALLAH..

Lepas je terima panggilan tu, kepala Melur terus berdenyut-denyut. Sungguh, tekanan yang dirasakan sangat-sangat berat. Macam-macam perkara berlegar dalam kepala. Pening sangat. Melur gagahkan juga drive keta tadi. Dek kerana terlampau terkejut dengar berita ni, Melur menonong je balik tanpa punch kad waktu balik..Haish..tak pasal-pasal kena amek sign bos hujung bulan ni.




# ~haish cik Melur..baru kena macam ni dah menggelabah~

Monday, July 22, 2013

Mode: Haruskah Pasrah??

Salam 13 Ramadhan. Sekejap je rasanya, dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa. Macam mana dengan progres pesta ibadah tahun ni? Adakah gempak atau biasa-biasa saja? Harap-harapnya semua berpesta ibadah dengan jayanya tahun ni.

Pasrah.. Itulah yang Melur rasa sekarang ni. Malas nak fikir dan tak sampai hati nak hampakan perasaan mak ngan abah. Dorang nampaknya beria-ia benar kali ni. Sampai kan Melur rasa stress plak memikirkan soal ni. huhuhu :'(

Al kisahnya, balik dari bercuti kat Pulau Perhentian baru-baru ni, tiba-tiba mak cakap ada orang nak datang 'tengok' Melur. Mak cakap kt Melur pun dah lewat waktu tu. Rasanya dalam kul 7.30 malam kot. Melur malas nak ambik port (ingatkan main-main), terus masuk bilik dan mandi. Lepas solat maghrib & baca yaasin kejap, tiba-tiba Makteh (mak sedara Melur) datang ke bilik dan tanya, 

Makteh: kenapa tak siap lagi?
Melur: Siap-siap nak gi mana? Betul bendul punya jawapan berbentuk soalan ni.
Makteh: Bertuah budak ni, cepatlah siap. Orang dah on da way dah nu.
Melur: Hah?Sape yang nak mari (datang) malam2 ni?
Makteh: Dop tau la. Mak baru je kabo(bagitau) ke Mokteh. Adik mari amek mokteh dumah (kat umah) tadi. Cepatlah siap, kang orang sampai dokdang (tak sempat) plak.
Melur: Kena siap gak ke?pakai kain batik tokleh ke?malas la nk berbaju kurung malam2 gini..(buat muka sedih)
Makteh: Pakai la kejap. Tak baik biar orang mengharap
Melur: Hmm...(bertabahlah wahai hati) =,(

Selepas lebih 2 minggu kejadian tu berlaku, semalam mak mengutaraselatankan balik isu tersebut.

Mak: Abah kata 5 hari lagi dorang nak mari hantar tanda.
Melur: Hah?Sape yang bagi keputusan? Orang tak kata setuju pon. sob2 =,(
Mak: Nak tunggu apa lagi? Terima je la..

Kebetulan abah lalu..

Mak: Abang, betul kan orang nak mari hantar tanda minggu ni?
Abah: Ho betul la tu..
Melur: Dah orang tak kata setuju pon.. orang tak sempat lagi nak wat istikharah..
Abah: Abah janji dah ngan dorang. Dorang pon berharap sangat tu.
Melur: Dah biar dia pinang abah la kalo abah yang setuju..orang tak setuju pon lagi..huhu (derhakakah aku???)
Abah: Dengar la cakap abah. Abah kenal dorang ni lama dah. Memang orang baik2 ni.
Mak: Suruh je dorang mari..kita terima jela. takyah tunggu lama2.. tiga bulan lagi tunang, hujung tahun nikah..
Melur:????? (terpaksa larikan diri sebab sakit kepala tiba2..migrainku telah melanda)

Duhai mak, kadang2 hati ini tertanya-tanya. Tidak sanggupkah lagi membela anak perempuanmu yang sorang ini? Adakah membelaku sangat merunsingkanmu? Terbebankah dirimu dengan perangaiku? =,(


Sungguh, hati ini seakan tidak rela dengan semua yang berlaku. Sejujurnya Melur memang tiada pakwe, tapi someone special sedang bertamu di hati kala ini. Masih ada perasaan yang terpendam untuk seseorang yang Melur suka sejak akhir-akhir ini. Ada rasa yang masih belum mampu diluahkan kepada insan tersebut kerana Melur takut kalo Melur berterus terang, Melur akan ditolak. Melur takut bertepuk sebelah tangan, dan akhirnya Melur akan malu sendiri.

Tapi Melur juga tak sanggup nak malukan mak ngan abah. Tak sanggup nak tengok mak terluka. Perlukah Melur gembirakan saja hati dorang?Hati insan2 sekeliling yang sayangkan Melur?tapi macam mana plak dengan hati Melur?


Perlukah Melur terima saja lamaran itu dan cuba redah dahulu apa saja yang bakal berlaku di hari mendatang?Ya ALLAH, sungguh di kala ini Melur buntu sangat2..tak tahu apa keputusan yang perlu di ambil. Bantu hambaMU ini ya ALLAH..jangan biarkanku tersalah memilih. Jangan jadikan hambaMU ini seorang yang akan menyalahkan takdir kelak. Bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk diriku dan keluarga ya ALLAH..amin..


p/s: sori, tiba2 mode pasrah bertukar ke mode sedih. ~sungguh hati ini sedang marah gundah gulana kala ini~



Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan al Mubarak datang lagi.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam. Hari ni hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melaksanakan rukun Islam yang ketiga ni tahun ini. Harap-harap takde masalah dalam melaksanakan ibadat di bulan yang mulia ni.. Doa juga dipohon agar segala amalan diterima ALLAH dan dikurniakan pahala berganda-ganda. Wahh..eksaited sangat menyambut Ramadhan. Al-maklumlah, bulan pesta  ibadat. Mood nak beribadat pon berkobar-kobar.. hee.. Harap-harap mood ini berkekalan hingga ke akhir ramadhan dan selamanya lah..In Syaa ALLAH.

~gambar ehsan atuk google~
Bulan ni juga jadi bulan pesta meniaga. Kat kampung Melur tu semua duk sibuk nak berniaga kat bazar ramadhan. Yang tak pernah meniaga pon dah jadi peniaga dah bila masuk bulan ramadhan ni. Family Melur plak memang sejak dulu lagi dah meniaga masa ramadhan. Sesekali teringat kenangan berniaga dulu-dulu memang best.. Walaupun letih, tapi hasilnya berbaloi.. Siap boleh pergi melancong ke Perlis lagi..Kenangan...

~Customer tetap nih. hee ;) ~

~My brother TM Jalaluddin~

~My mom~

~My youngest brother TM Halim~

~Jual-jual, jangan tak jual~
Masuk je bulan ramadhan, memang rumah Melur akan sibuk betul. Al-maklumlah, peniaga la katakan. Tapi tahun ni ada kelainan sikit. Cendol yang sebelum ni dikacau sendiri oleh mak, akan dimasak menggunakan mesin. Mak dah tempah mesin tu kelmarin. Dalam 2-3 hari lagi sampai la. In Syaa ALLAH.. Moga kuranglah sikit beban kerja mak tahun ni. Sian mak, dah tua-tua gini masih buat kerja berat. Dah acap kali Melur larang mak buat kerja, tapi degil. Nak juga wat keje-keje berat tu.. Rugi katanya tak meniaga bulan ni.. Ikut suka la mak, asal amalan wajib tidak ditinggalkan sudah ler..

Hmm, bersempena hari baik bulan baik ni, Melur nak minta maaf la pada sesiapa yang kenal Melur (kalau la ada yang membaca blog ini), samada kesilapan yang Melur sedar atau tidak sedar telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amalan yang kita usahakan pada bulan yang penuh berkat ini diterima ALLAH dan dikurniakan dengan pahala yang berganda-ganda. Jom la sama-sama kita mengejar pahala yang telah dijanjikan ALLAH untuk hamba-hambaNYA. Moga kita ditemukan dengan Lailatul Qadar. amin.

~Ya ALLAH, selamatkan saudara-saudaraku di Palestin, Syiria, Mesir dan seluruh dunia..Kuatkanlah keimanan dan keyakinan kami bahawa kebenaran akan tetap menang akhirnya..amin~