Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam. Hari ni hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melaksanakan rukun Islam yang ketiga ni tahun ini. Harap-harap takde masalah dalam melaksanakan ibadat di bulan yang mulia ni.. Doa juga dipohon agar segala amalan diterima ALLAH dan dikurniakan pahala berganda-ganda. Wahh..eksaited sangat menyambut Ramadhan. Al-maklumlah, bulan pesta ibadat. Mood nak beribadat pon berkobar-kobar.. hee.. Harap-harap mood ini berkekalan hingga ke akhir ramadhan dan selamanya lah..In Syaa ALLAH.
 |
| ~gambar ehsan atuk google~ |
Bulan ni juga jadi bulan pesta meniaga. Kat kampung Melur tu semua duk sibuk nak berniaga kat bazar ramadhan. Yang tak pernah meniaga pon dah jadi peniaga dah bila masuk bulan ramadhan ni. Family Melur plak memang sejak dulu lagi dah meniaga masa ramadhan. Sesekali teringat kenangan berniaga dulu-dulu memang best.. Walaupun letih, tapi hasilnya berbaloi.. Siap boleh pergi melancong ke Perlis lagi..Kenangan...
 |
| ~Customer tetap nih. hee ;) ~ |
 |
| ~My brother TM Jalaluddin~ |
 |
| ~My mom~ |
 |
| ~My youngest brother TM Halim~ |
 |
| ~Jual-jual, jangan tak jual~ |
Masuk je bulan ramadhan, memang rumah Melur akan sibuk betul. Al-maklumlah, peniaga la katakan. Tapi tahun ni ada kelainan sikit. Cendol yang sebelum ni dikacau sendiri oleh mak, akan dimasak menggunakan mesin. Mak dah tempah mesin tu kelmarin. Dalam 2-3 hari lagi sampai la. In Syaa ALLAH.. Moga kuranglah sikit beban kerja mak tahun ni. Sian mak, dah tua-tua gini masih buat kerja berat. Dah acap kali Melur larang mak buat kerja, tapi degil. Nak juga wat keje-keje berat tu.. Rugi katanya tak meniaga bulan ni.. Ikut suka la mak, asal amalan wajib tidak ditinggalkan sudah ler..
Hmm, bersempena hari baik bulan baik ni, Melur nak minta maaf la pada sesiapa yang kenal Melur (kalau la ada yang membaca blog ini), samada kesilapan yang Melur sedar atau tidak sedar telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amalan yang kita usahakan pada bulan yang penuh berkat ini diterima ALLAH dan dikurniakan dengan pahala yang berganda-ganda. Jom la sama-sama kita mengejar pahala yang telah dijanjikan ALLAH untuk hamba-hambaNYA. Moga kita ditemukan dengan Lailatul Qadar. amin.
~Ya ALLAH, selamatkan saudara-saudaraku di Palestin, Syiria, Mesir dan seluruh dunia..Kuatkanlah keimanan dan keyakinan kami bahawa kebenaran akan tetap menang akhirnya..amin~
No comments:
Post a Comment