Pasrah.. Itulah yang Melur rasa sekarang ni. Malas nak fikir dan tak sampai hati nak hampakan perasaan mak ngan abah. Dorang nampaknya beria-ia benar kali ni. Sampai kan Melur rasa stress plak memikirkan soal ni. huhuhu :'(
Al kisahnya, balik dari bercuti kat Pulau Perhentian baru-baru ni, tiba-tiba mak cakap ada orang nak datang 'tengok' Melur. Mak cakap kt Melur pun dah lewat waktu tu. Rasanya dalam kul 7.30 malam kot. Melur malas nak ambik port (ingatkan main-main), terus masuk bilik dan mandi. Lepas solat maghrib & baca yaasin kejap, tiba-tiba Makteh (mak sedara Melur) datang ke bilik dan tanya,
Makteh: kenapa tak siap lagi?
Melur: Siap-siap nak gi mana? Betul bendul punya jawapan berbentuk soalan ni.
Makteh: Bertuah budak ni, cepatlah siap. Orang dah on da way dah nu.
Melur: Hah?Sape yang nak mari (datang) malam2 ni?
Makteh: Dop tau la. Mak baru je kabo(bagitau) ke Mokteh. Adik mari amek mokteh dumah (kat umah) tadi. Cepatlah siap, kang orang sampai dokdang (tak sempat) plak.
Melur: Kena siap gak ke?pakai kain batik tokleh ke?malas la nk berbaju kurung malam2 gini..(buat muka sedih)
Makteh: Pakai la kejap. Tak baik biar orang mengharap
Melur: Hmm...(bertabahlah wahai hati) =,(
Selepas lebih 2 minggu kejadian tu berlaku, semalam mak mengutaraselatankan balik isu tersebut.
Mak: Abah kata 5 hari lagi dorang nak mari hantar tanda.
Melur: Hah?Sape yang bagi keputusan? Orang tak kata setuju pon. sob2 =,(
Mak: Nak tunggu apa lagi? Terima je la..
Kebetulan abah lalu..
Mak: Abang, betul kan orang nak mari hantar tanda minggu ni?
Abah: Ho betul la tu..
Melur: Dah orang tak kata setuju pon.. orang tak sempat lagi nak wat istikharah..
Abah: Abah janji dah ngan dorang. Dorang pon berharap sangat tu.
Melur: Dah biar dia pinang abah la kalo abah yang setuju..orang tak setuju pon lagi..huhu (derhakakah aku???)
Abah: Dengar la cakap abah. Abah kenal dorang ni lama dah. Memang orang baik2 ni.
Mak: Suruh je dorang mari..kita terima jela. takyah tunggu lama2.. tiga bulan lagi tunang, hujung tahun nikah..
Melur:????? (terpaksa larikan diri sebab sakit kepala tiba2..migrainku telah melanda)
Duhai mak, kadang2 hati ini tertanya-tanya. Tidak sanggupkah lagi membela anak perempuanmu yang sorang ini? Adakah membelaku sangat merunsingkanmu? Terbebankah dirimu dengan perangaiku? =,(
Sungguh, hati ini seakan tidak rela dengan semua yang berlaku. Sejujurnya Melur memang tiada pakwe, tapi someone special sedang bertamu di hati kala ini. Masih ada perasaan yang terpendam untuk seseorang yang Melur suka sejak akhir-akhir ini. Ada rasa yang masih belum mampu diluahkan kepada insan tersebut kerana Melur takut kalo Melur berterus terang, Melur akan ditolak. Melur takut bertepuk sebelah tangan, dan akhirnya Melur akan malu sendiri.
Tapi Melur juga tak sanggup nak malukan mak ngan abah. Tak sanggup nak tengok mak terluka. Perlukah Melur gembirakan saja hati dorang?Hati insan2 sekeliling yang sayangkan Melur?tapi macam mana plak dengan hati Melur?
Perlukah Melur terima saja lamaran itu dan cuba redah dahulu apa saja yang bakal berlaku di hari mendatang?Ya ALLAH, sungguh di kala ini Melur buntu sangat2..tak tahu apa keputusan yang perlu di ambil. Bantu hambaMU ini ya ALLAH..jangan biarkanku tersalah memilih. Jangan jadikan hambaMU ini seorang yang akan menyalahkan takdir kelak. Bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk diriku dan keluarga ya ALLAH..amin..
p/s: sori, tiba2 mode pasrah bertukar ke mode sedih. ~sungguh hati ini sedang marah gundah gulana kala ini~
.jpg)

.jpg)
No comments:
Post a Comment