Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday la sangat...

Bismillah..Assalamualaikum..Ini semua poyo!!! Itu la perkataan yang terlintas di fikiran masa terfikir nak wat entry wordless wednesday ni..hahaha..tak tahu sape yang mulakan tapi most of the blogs yang cik Melur follow & baca mesti ada wordless wednesday ni. Kenapa nak diwordlesskan wednesday itu? kenapa tak wordless sunday?atau monday,tuesday,thursday,friday or saturday? tak tahu nak tuju soklan ni kat sape..kui3..

Apa-apa pun, cik Melur taknak wordless wednesday sebab hari-hari lain pon cik Melur wordless gak. kalo tak takkan memanjang blog ni tak berhapdet. kui3..

Ok la, selamat hari rabu semua..kat terengganu dah start hujan. musim banjir dah mula menjenguk kami. lepas ni mungkin cik Melur akan hapdet pasal banjir kat kampung pulak..hihihi..hujan-hujan cenggini wat cik Melur rindu kat buah hati cik Melur yang comels ni je..

~macam comel je...macam cantik je....hihi~


Tuesday, November 19, 2013

Roti keramat lembu

Bismillah..Assalamualikum..amboi tajuk, pelik je bunyinya kan?hehehe.pagi semalam punya citer ni..cik Melur punye mak sekarang dah start balik buat kuih (roti keramat orang sini panggil) untuk hantar kat kedai-kedai sekitar kampung ni selepas sebulan lebih stop sebab tak sihat. Ada juga roti keramat tu diletakkan dalam van ikan adik-adik cik Melur. Biasanya adik Cik Melur yang no.6 tu yang hantar roti keramat pagi-pagi, tapi lately dia buat perangai pulak. Terpaksalah cik Melur punye mak yang hantar sendiri roti keramat ke kedai. Kalau roti keramat untuk van adik cik Melur si Ayub tu, memang cik Melur sendiri yang menghantarnya sebab umah dia kan on the way ke opis cik Melur. Boleh drop masa cik Melur gi opis la.

Yang kelakarnya, pagi tadi dengan semangatnya cik Melur punye mak datang kat kereta masa cik Melur nak panaskan enjin. Diketuknya tingkap kereta.

"Ni ha..mak buatkan lembu untuk meq(panggilan cik Melur kat umah)."

Pelik cik Melur dibuatnya dengar ayat camtu. pastu dibaginya satu plastik pada cik Melur..cuba korang tengok, nampak tak apa yang mak cik Melur maksudkan?


nampak tak apa yang dimaksudkan?
Tak nampak eh? jap cik Melur touch up sikit..Jeng jeng....

Sekarang dah nampak??
Haa..sekarang camne?dah nampak ke apa yang dimaksudkan dengan lembu tu?hahaha..kelakar kan?memang ada rupa lembu di situ..



# hai mak,mak..kadang-kadang kreatif tak bertempat..(>.<)

Saturday, September 7, 2013

Fall in Love with him

Salam..hari ni xde mood nak berceloteh..cuma nak nyatakan yang Melur dah jatuh cinta ngan hamba ALLAH yang sorang ni..wah...ku dilanda angau melampau..hihihi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~ saat yang takkan dilupakan~

# oh incik hafiz,kamu buat saya terlelap dalam senyum..wink2 (*.*)

Thursday, July 25, 2013

Epi 2nd Besday My Handsome Boy


Salam 16 Ramadhan. Hari ni, 25hb. Julai 2013, genap 2 tahun usia anak buah Melur yang sulung, Tun Muhammad Afiq Asyraf bin Tun Mohd Hamidy. Selamat hari lahir anak buah makteh yang encem..
~Keciknya kamu ketika ini ~ 2.01kg je ;p
 Tak sedar masa berlalu, dah masuk 2 tahun kamu masuk dalam keluarga ni. Melihat kamu membesar dengan sihat, membuatkan makteh rasa bahagia sangat. Tak sabar rasanya nak melihat kamu bertatih dan memanggil-manggil nama makteh..Semoga cepat-cepat boleh berjalan dan bercakap sayang. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh dan insan yang berjaya membawa Islam ke satu mercu yang tertinggi.
~Comelnya kamu~
~Yang buatku tersenyum~


~Pandai tak caye posing?~
~Caye cuka amek gambar..hee~
~Afiq, tangismu juga makteh rindu~ ;p

p/s: Lepas ni dh takleh panggil adik lagi, kena panggil abang long plak sebab dah ada adik Qalesya ^.^

Tuesday, July 23, 2013

Episod Stress

Salam 14 Ramadhan. Hari ni, episod stress dalam hidup Melur masih berterusan. Petang tadi, ketika Melur sedang berkemas untuk balik dari pejabat, Melur dapat panggilan dari kakak ipar tiri. (isteri kepada abang tiri~ betul la kan panggilan tu??)
Melur: Assalamualaikum..nape kak Gee?
KakGee: Waalaikumsalam. Ni ha, mak si ##### (nama terpaksa dirahsiakan) datang umah tadi. Dia suruh tanya saiz cincin awak?
Melur: Hah??? Alapadan doh la.. Gane ni Kakgee? Orang tak kata setuju pon lagi. Dah sampai tahap nk sarung cincin ni wat orang rasa debor (berdebar) ni.
KakGee: Oloh xde menda la. Dorang cuma nak hantar tanda je. Bukan nak bertunang pon. Konon-konon nak cop la ni..
Melur: Adui la..tapi orang rasa tak bersedia lagi. (huhu sedihnya..xde orang paham ke?) Lagipon orang tak pernah pakai cincin..taktahu pon saiz brapa yang muat jari ni..
KakGee: Oloh awak gi je kedai emas kejap. Try la tanya dorang saiz brapa muat ngan jari awak tu..
Melur: Hmm..tengok la dulu..
KakGee: Ok, nanti dah dapat bagitau ye?Dorang nak tahu cepat ni..
Melur: Hmm.. In Shaa ALLAH..

Lepas je terima panggilan tu, kepala Melur terus berdenyut-denyut. Sungguh, tekanan yang dirasakan sangat-sangat berat. Macam-macam perkara berlegar dalam kepala. Pening sangat. Melur gagahkan juga drive keta tadi. Dek kerana terlampau terkejut dengar berita ni, Melur menonong je balik tanpa punch kad waktu balik..Haish..tak pasal-pasal kena amek sign bos hujung bulan ni.




# ~haish cik Melur..baru kena macam ni dah menggelabah~

Monday, July 22, 2013

Mode: Haruskah Pasrah??

Salam 13 Ramadhan. Sekejap je rasanya, dah nak masuk 2 minggu kita berpuasa. Macam mana dengan progres pesta ibadah tahun ni? Adakah gempak atau biasa-biasa saja? Harap-harapnya semua berpesta ibadah dengan jayanya tahun ni.

Pasrah.. Itulah yang Melur rasa sekarang ni. Malas nak fikir dan tak sampai hati nak hampakan perasaan mak ngan abah. Dorang nampaknya beria-ia benar kali ni. Sampai kan Melur rasa stress plak memikirkan soal ni. huhuhu :'(

Al kisahnya, balik dari bercuti kat Pulau Perhentian baru-baru ni, tiba-tiba mak cakap ada orang nak datang 'tengok' Melur. Mak cakap kt Melur pun dah lewat waktu tu. Rasanya dalam kul 7.30 malam kot. Melur malas nak ambik port (ingatkan main-main), terus masuk bilik dan mandi. Lepas solat maghrib & baca yaasin kejap, tiba-tiba Makteh (mak sedara Melur) datang ke bilik dan tanya, 

Makteh: kenapa tak siap lagi?
Melur: Siap-siap nak gi mana? Betul bendul punya jawapan berbentuk soalan ni.
Makteh: Bertuah budak ni, cepatlah siap. Orang dah on da way dah nu.
Melur: Hah?Sape yang nak mari (datang) malam2 ni?
Makteh: Dop tau la. Mak baru je kabo(bagitau) ke Mokteh. Adik mari amek mokteh dumah (kat umah) tadi. Cepatlah siap, kang orang sampai dokdang (tak sempat) plak.
Melur: Kena siap gak ke?pakai kain batik tokleh ke?malas la nk berbaju kurung malam2 gini..(buat muka sedih)
Makteh: Pakai la kejap. Tak baik biar orang mengharap
Melur: Hmm...(bertabahlah wahai hati) =,(

Selepas lebih 2 minggu kejadian tu berlaku, semalam mak mengutaraselatankan balik isu tersebut.

Mak: Abah kata 5 hari lagi dorang nak mari hantar tanda.
Melur: Hah?Sape yang bagi keputusan? Orang tak kata setuju pon. sob2 =,(
Mak: Nak tunggu apa lagi? Terima je la..

Kebetulan abah lalu..

Mak: Abang, betul kan orang nak mari hantar tanda minggu ni?
Abah: Ho betul la tu..
Melur: Dah orang tak kata setuju pon.. orang tak sempat lagi nak wat istikharah..
Abah: Abah janji dah ngan dorang. Dorang pon berharap sangat tu.
Melur: Dah biar dia pinang abah la kalo abah yang setuju..orang tak setuju pon lagi..huhu (derhakakah aku???)
Abah: Dengar la cakap abah. Abah kenal dorang ni lama dah. Memang orang baik2 ni.
Mak: Suruh je dorang mari..kita terima jela. takyah tunggu lama2.. tiga bulan lagi tunang, hujung tahun nikah..
Melur:????? (terpaksa larikan diri sebab sakit kepala tiba2..migrainku telah melanda)

Duhai mak, kadang2 hati ini tertanya-tanya. Tidak sanggupkah lagi membela anak perempuanmu yang sorang ini? Adakah membelaku sangat merunsingkanmu? Terbebankah dirimu dengan perangaiku? =,(


Sungguh, hati ini seakan tidak rela dengan semua yang berlaku. Sejujurnya Melur memang tiada pakwe, tapi someone special sedang bertamu di hati kala ini. Masih ada perasaan yang terpendam untuk seseorang yang Melur suka sejak akhir-akhir ini. Ada rasa yang masih belum mampu diluahkan kepada insan tersebut kerana Melur takut kalo Melur berterus terang, Melur akan ditolak. Melur takut bertepuk sebelah tangan, dan akhirnya Melur akan malu sendiri.

Tapi Melur juga tak sanggup nak malukan mak ngan abah. Tak sanggup nak tengok mak terluka. Perlukah Melur gembirakan saja hati dorang?Hati insan2 sekeliling yang sayangkan Melur?tapi macam mana plak dengan hati Melur?


Perlukah Melur terima saja lamaran itu dan cuba redah dahulu apa saja yang bakal berlaku di hari mendatang?Ya ALLAH, sungguh di kala ini Melur buntu sangat2..tak tahu apa keputusan yang perlu di ambil. Bantu hambaMU ini ya ALLAH..jangan biarkanku tersalah memilih. Jangan jadikan hambaMU ini seorang yang akan menyalahkan takdir kelak. Bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik untuk diriku dan keluarga ya ALLAH..amin..


p/s: sori, tiba2 mode pasrah bertukar ke mode sedih. ~sungguh hati ini sedang marah gundah gulana kala ini~



Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan al Mubarak datang lagi.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam. Hari ni hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk melaksanakan rukun Islam yang ketiga ni tahun ini. Harap-harap takde masalah dalam melaksanakan ibadat di bulan yang mulia ni.. Doa juga dipohon agar segala amalan diterima ALLAH dan dikurniakan pahala berganda-ganda. Wahh..eksaited sangat menyambut Ramadhan. Al-maklumlah, bulan pesta  ibadat. Mood nak beribadat pon berkobar-kobar.. hee.. Harap-harap mood ini berkekalan hingga ke akhir ramadhan dan selamanya lah..In Syaa ALLAH.

~gambar ehsan atuk google~
Bulan ni juga jadi bulan pesta meniaga. Kat kampung Melur tu semua duk sibuk nak berniaga kat bazar ramadhan. Yang tak pernah meniaga pon dah jadi peniaga dah bila masuk bulan ramadhan ni. Family Melur plak memang sejak dulu lagi dah meniaga masa ramadhan. Sesekali teringat kenangan berniaga dulu-dulu memang best.. Walaupun letih, tapi hasilnya berbaloi.. Siap boleh pergi melancong ke Perlis lagi..Kenangan...

~Customer tetap nih. hee ;) ~

~My brother TM Jalaluddin~

~My mom~

~My youngest brother TM Halim~

~Jual-jual, jangan tak jual~
Masuk je bulan ramadhan, memang rumah Melur akan sibuk betul. Al-maklumlah, peniaga la katakan. Tapi tahun ni ada kelainan sikit. Cendol yang sebelum ni dikacau sendiri oleh mak, akan dimasak menggunakan mesin. Mak dah tempah mesin tu kelmarin. Dalam 2-3 hari lagi sampai la. In Syaa ALLAH.. Moga kuranglah sikit beban kerja mak tahun ni. Sian mak, dah tua-tua gini masih buat kerja berat. Dah acap kali Melur larang mak buat kerja, tapi degil. Nak juga wat keje-keje berat tu.. Rugi katanya tak meniaga bulan ni.. Ikut suka la mak, asal amalan wajib tidak ditinggalkan sudah ler..

Hmm, bersempena hari baik bulan baik ni, Melur nak minta maaf la pada sesiapa yang kenal Melur (kalau la ada yang membaca blog ini), samada kesilapan yang Melur sedar atau tidak sedar telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Semoga segala amalan yang kita usahakan pada bulan yang penuh berkat ini diterima ALLAH dan dikurniakan dengan pahala yang berganda-ganda. Jom la sama-sama kita mengejar pahala yang telah dijanjikan ALLAH untuk hamba-hambaNYA. Moga kita ditemukan dengan Lailatul Qadar. amin.

~Ya ALLAH, selamatkan saudara-saudaraku di Palestin, Syiria, Mesir dan seluruh dunia..Kuatkanlah keimanan dan keyakinan kami bahawa kebenaran akan tetap menang akhirnya..amin~


Tuesday, June 25, 2013

Banyak topik nak tulis, tapi.....

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..Salam nisfu sya'aban semua. Semua makin bertambah amalan kita..tak sabar nak menyambut Ramadhan yang bakal tiba 2 minggu lagi ni.

Berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya banyak benda yang Melur nak coretkan dalam blog ni. kisah kehidupan seharian Melur semestinya. Namun tak tahu apa yang menghalang. Idea berlalu begitu saja bila tangan malas nak menaip.huhu

hari ni pon tetiba je rajin nak menaip.ekceli, Melur dah nak masuk tidur dah ni.esok nak kena bangun awal sebab kena join lawatan ke kilang fabric truss kat kuantan. dah bos minit nama kita suruh join sekali, terpaksa la menggunakan perkataan SYMP ~ Saya Yang Menurut Perintah~

~Baju yang akan dipakai esok~ gosok siap-siap

~Oh namaku jelas terpampang di situ~
Baju dan tudung pon dah siap digosok awal-awal. takut esok terbabas tidur baru naya..hee..baju ni susah giler la gosok.puas menyental dengan iron tadi. buka level yang paling panas pon x hilang kedutnya. nasib baik ada penyelamat antarabangsa untuk bab gosok menggosok ni..tak lain tak bukan, mestilah encik kiwi kleen ~fabric starch~ hohoho..dengannya,baju berkedut menjadi licin bagai digosok dengan 1000 seterika. (eh eh,ni bukan iklan softlan ke??) lantaklah...hahahaha

~oh encik kiwi kleen, kamu sangat membantu malam ni~
Hari ni dah gaji,so petang tadi sempat pegi lunch dengan Ciklin & Cikkin. Lunch kat restoren singgang..thanx Ciklin belanja tadi ye?dengarkan pantun i ni..terima kasih daun keladi, lain kali belanja la lagi..hahahaha

Lepas tu sempat lagi kitorang melencong ke Giant kejap. nak amek duit gaji bagi kat emak (baikkan Melur ni??hahahaha)..sikit je pon..dah alang-alang kat Giant tu, bayar loan keta and bil tepon sekali. and....sempat merembat dua pasang selipar + buku + majalah hai..sepasang selipar untuk Melur, sepasang lagi untuk mak..kaler pink gitu..x ambik plak gambarnya..huhu..majalah hai tu beli spesel untuk Teh. sebab cover depannya Zo In Sung. sungguh dia giler tahap angau ngan hero korea selatan tu.. Melur pon sama, cuma tak tunjuk je.hahahaha..dan satu lagi tu buku komik bertajuk "ISLAM sehari-hari". best komik ni,menarik untuk dibaca.termasuk ni Melur dah ada tiga karya penulis dari indonesia ni. oh,saya suka membaca..hehehe.cam poyo je..;p hehe...nanti la Melur cite lagi pasal buku ni ye..

~hasil melencong ke Giant petang tadi~
Okeylah,Melur dah menguap-nguap ni..tiba-tiba rasa mengantuk plak..memang waktu sekarang ni dah masuk waktu tidur Melur. Hari ni terbabas sket sebab nak update blog.hehe..bersedia untuk program lawatan esok..harap-harap jerebu di Kuantan dah berkurang..ops,nanti Melur cite pasal jerebu yang sedang melanda negara sekarang..juga, perancangan Melur untuk bercuti..tunggu ye..tidur dulu..gud nite..moga dipanjangkan umur untuk menghadapi esok..hehe..

~Wassalam...~

Wednesday, June 5, 2013

Lalala...buhsannyerrrr....

Salam..akhirnya setelah hampir dua bulan menyepi..hari ni baru tergerak hati nak update blog..ni pon gara-gara rasa bosan sedang melanda dengan hebatnya dalam diri ini..~fuuuhhhhhh~

Sebenarnya banyak je perkara yang nak Melur catatkan dalam blog, tapi tu la..harapan hanya tinggal harapan..bila dah selalu bertangguh, langsung tak update.. pastu berhabuk la blog ni..hahaha

Entah kenapa lately Melur rasa malas sangat. nak datang keje pon rasa tak semangat. rasa cam suasana opis dah tak selesa macam dolu-dolu..adakah ini tandanya Melur kena berubah angin?hmm, bila dipikirkan, memang teringin nak duk kat site, banyak pengalaman yang masih perlu dikutip. tapi nanti jauh plak ngan umah. susah la nak menyewa bagai. Mak pon mesti bising-bising nanti. maklumlah, Melur ni kan anak kesayangan. kalo takde tercari-cari, kalo ada buat tak hirau je..~sob sob ~

Semalam mak datang kat bilik ajak sembang-sembang..(tengah bosan la tu..) Masa tu Melur cakap la rasa cam malas je nak gi keje. pastu..hambek ko..kena tadah telinga dengar beliau membebel..hahaha..kata mak, orang lain berebut-rebut nak cari keje, kita yang dah dapat keje ni malas plak. bosan macam mana pon kena  pikir, ada orang bosan tak dapat keje. rezeki yang dapat tu perlu disyukuri. dahla dapat keje dekat dengan umah. patut istilah bosan tu takde..~huhuhu~ yela mak, orang salah..nak meluahkan perasaan pon kena marah..apalah nasibku..~sobsob lagi~

Melur rasa kena ambil cuti panjang la..nak kena tenangkan fikiran..bayangan pantai seolah-olah memanggil-manggil..ya, in shaa ALLAH..sebelum puasa ni kena ambil cuti juga..ketenangan itu mesti kugapai..hehe

Oh ye, Melur dah dapat 'cucu'..hahahaha..'anak' Melur si Gary dah beranak. ada 3 ekor anak-anaknya yang nakal dan lincah..takleh lepas sekejap dari kandang, habis rumah tunggang langgang dibuat mereka. pastu habis la kat sudut rumah jadi tandas mereka..~huhuhu~

nama belum letak lagi..cadangnya nak letak nama ahli running man ~Kookie, Haha & Kwangsoo@ Kirin~ tapi cam susah je masing-masing nak sebut. almaklumlah, nama orang korea..hahahaha..glamer tak hengat ;p
mereka lah penyeri hidup keluarga sekarang..pantang orang melintas, pasti ditegur dengan ngiaunya..bising gamat dalam umah..hahaha




oh ye..juga, Melur dah dapat sorang lagi anak buah..anak adik..lahir pada 10hb. Mei yang lepas..Wan Nur Qalesya Aleya binti Ton Muhammad Ayub namanya..panjang betul..tapi kitorang panggil Qalesya je..so sekarang, Melur dah ada sepasang anak buah..seronoknya..lepas ni boleh la beli baju baby girl yang cantik-cantik kat pasaraya..~tak sabar~

Qalesya dah siap mandi..
Heroin yang tak nangis walaupun mandi air sejuk..~Daebakk~



Wednesday, March 13, 2013

Again....

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum..hari ni Melur nak update sket pasal kejadian waktu maghrib tadi. Belum pon habis lagi kisah Melur terlanggar anak kucing semalam, tiba-tiba tadi adik Melur si Jalal tu plak terlanggar anak kucing yang tinggal sekor je lagi. Berlari-lari dia dapatkan Melur nak bagitau dia terlanggar anak kucing tu. Dengar suaranya cam nak nangis je tadi. Baru dia tau apa yang Melur rasa semalam. So, tamatlah riwayat si anak kucing itu. Dah selamat tanam pon.. semoga ALLAH ampunkan dosa kami..Sesungguhnya memang bukan kami sengaja melanggar tapi kucing-kucing ni yang suka sangat berlingkar depan umah tu..Kesian betul. Nasib baik lah 'anak' Melur si Gary tu tak keluar. Kalo dia yang kena langgar alamatnya nangis tak berlagu la Melur..huhu.. jom layan gambar si Gary kesayangan Melur dan family ni..

hai..saya la si gemok Gary..hee

Gary & ibu...

Minta maaf ye...saya ni penakut...hee

Muka cuak tengok orang ramai.

Gary dan ibu lagi...

Tuesday, March 12, 2013

Maaf, tak sengaja...:'(

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum. hari ni Melur nak update sikit pasal kejadian yang menimpa Melur petang tadi. Sadis betul rasanya. huhu.. Sampai sekarang ni masih teringat2 lagi.. ALLAH, maafkan Melur. Melur betul2 tak sengaja tadi. :'(

Alkisahnya..hari ni Melur rasa kurang sihat sikit. Semua gara-gara sistem penghadaman yang kurang menjadi la semenjak dua menjak ni. Agaknya perubahan cuaca + kurang air lam badan. Melur kena sembelit. Ya ALLAH..sakit sangat nak buang air besar. rasa cam nak menangis lam toilet. pastu Melur tengok ada banyak darah lam toilet tu..Sebenarnya memang dah 2-3 hari Melur perasan tiap kali lepas 'qada hajat' banyak darah tapi Melur buat donow jelah sebab Melur tengah 'ABC'. Tapi malam tadi Melur rasa lain macam sebab Melur tengok darahnya lain macam sket dan memang kat 'montot' tu rasa pedih2 sket. Luka sebab sembelit tu la..:'(

Dan yang paling tak tahan lepas 'qada hajat' tu la. Rasa sakit semacam je. Melur dah jadi cam cacing kepanasan je, duk camni sakit, duk camtu tak selesa. Pendek kata memang menhitung waktu untuk balik la. Nak dijadikan cite , petang tadi adik Melur si tun Jalal call cakap nak pinjam duit nak beli galaxy note 10.1 dari dak depan umah. So balik keje Melur pegi la ATM kat Giant Kuala Terengganu jap. Tengok-tengok jam dah pukul 6.15 pm. Apalagi, bergegas la Melur balik..Jauh jugak perjalanan nak sampai ke rumah (43km).

Tapi yang jadi masalahnya, pengguna jalanraya kat Terengganu ni pelik sikit. yang slow duk lorong laju dan yang laju duk lorong slow. Motor plak takdenya nak duk tepi..hamek ko..kat tengah2 dorang duduk. Tak masuk lagi yang bawa slow kat jalan satu lorong.. Nak mengamuk rasanya lam keta tadi. Dahla Melur ni sakit 'montot', dorang plak menghalang dari Melur sampai cepat. Rasa tadi cam taktahan sangat je sakitnya..huhu.. Nasib baik alunan Zikir Terapi Diri dari Hafiz Hamidun sedikit sebanyak mengurangkan stress yang Melur hadapi tadi.

Dalam stress dan sakit tu, akhirnya dalam pukul 7 petang baru Melur sampai umah. Dek kerana sakit sangat, laju je Melur masuk kat halaman umah. Tiba2....jeng3...Melur rasa Melur terlanggar something. Masa tu Melur tak terfikir apa dah.. Ni mesti tudung tong ikan adik terjatuh kat depan laman ni. Bila Melur kuar keta Melur tengok anak kucing mengeliat2 dah kat tengah laman tu.

Astaghfirullahal azim...terperanjat Melur. Tak sangka 'benda' yang Melur langgar tu adalah kucing. Yang sekor tu memang lenyek kepalanya. Ibu kucing tu Melur tengok larikan diri dengan mulut berdarah. ALLAH...apa yang Melur dah buat ni. tak semena-mena air mata jatuh kat situ juga..Kesian kat anak kucing tu, mati lam keadaan terseksa dia..

Dalam terketar-ketar dan sebak Melur call mak bagitau Melur dah langgar kucing tu. Mak cakap nak buat macam mana, benda dah nak jadi kan? Bukan Melur sengaja pon. Kucing2 tu pon selalu sangat lepak kat situ. dah beberapa kali dah Melur tengok. tapi sebelum ni time Melur balik ada orang tolong warning. dan Melur pon jarang masuk laman laju2 sebab ada je orang kat kedai sebelah umah tu. takut tiba2 dorang melintas tak ke naya. Entah camne plak hari ni tiba2 terbawa laju. huhu

Melur tanya mak apa yang nak dibuat sebab Melur pernah dengar orang kata kalo langgar kucing nanti akan majal atau ditimpa malang. Malas nak percaya tapi kadang-kadang takut juga kalo betul2 terjadi nanti. Tapi mak cakap xde pape terus Melur senang hati sket. Biasa abang dan adik Melur akan campak duit syiling keluar dari keta. kononnya nak buang majal la.. Nak percaya kang takut syirik plak. So Melur berserah pada Tuhan je la. Harap-harap xde pape yag berlaku pada Melur nanti.

So moral of the story, kalo bawa keta kena hati-hati.. jangan ingat kita je yang ada atas jalan tu. banyak lagi nyawa lain yang turut sama guna jalan tu untuk kegunaan masing-masing. Lepas ni Melur kena lebih hati2 la..taknak perkara ni berlaku lagi. Dan mulai esok kena banyakkan minum air dan makan buah serta sayur bagi elakkan sembelit berterusan. risau juga takut buasir nanti. Lagi naya kalo kena buasir..huhu..

Ok la..nak tisur dulu..sok nak keje..malam ni mesti teringat2 kejadian tadi..sesungguhnya, Melur tak sengaja.. Ampunkan Melur ya ALLAH..wassalam..

Tuesday, February 19, 2013

Cuti...cuti...cuti...

Salam...hohoho...hari ni baru Melur masuk opis..actually hari ahad Melur dah masuk, tapi terpaksa pergi klinik dapatkan mc sebab tak larat sangat.. nak buat keja pon xde mood dan xleh fokus..

alkisahnya, bangun pagi ahad tu Melur dah rasa tak sihat..tekak rasa sakit sangat sampaikan nak telan air liur pon terasa seksa sangat..tapi masa tu badan rasa ok lagi. masa on the way ke opis tu Melur rasa lain macam..badan cam rasa sejuk semacam je. masa tu Melur dah rasa Melur nak demam..tapi still Melur gagahkan diri juga nak sampai kat opis ni.

dah sampai opis, Melur gagahkan juga diri buat keje sikit-sikit. mana yang penting Melur selesaikan dulu memandangkan Melur pon lama dah tak masuk opis. tapi dalam pukul 10 lebih, Melur dah tak tahan sangat, so Melur dapatkan permission bos untuk gi klinik.

Bila dah jumpa doktor tu, baru la tau..rupanya tekak Melur dijangkiti kuman. kata doktor ada tonsil yang membengkak dalam tekak..dah merah. sebab tu la Melur rasa sakit dan suhu badan pon dah naik sikit. 37.4 kalo tak silap.kata doktor baru mula-mula nak demam. so doktor bagi ubat dan bagi MC sehari.kata doktor, kalo suhu 39, dia akan bagi MC 2 hari..takpela, yang penting Melur nak balik dan berehat.

sebelum balik umah, Melur setelkan dulu beberapa keje dan bagitau bos dapat MC. masa drive tu, Melur just gagahkan diri je untuk sampai ke rumah sebab Melur sebenarnya memang tak larat sangat.nasib baik selamat sampai walaupun agak lambat sket jika nak dibandingkan dengan sebelum ni.

sampai je kat umah, Melur terus masuk bilik dan terus berehat. tapi bila dah tak sihat, nak berehat pon susah..masa tu Melur rasa sakit satu badan, rasa sejuk semacam walaupun badan panas sangat dan sakit kepala yang tak tertahan.

last-last, mak Melur basahkan kepala ngan air ramasan kangkung, baru la kurang sket sakit kepala dan boleh la tido lena..satu hari Melur baring je..bangun je mesti sakit sangat kepala dan rasa nak pitam..last-last hari isnin pon Melur cuti. terpaksa amik cuti rehat sebab doktor bagi satu hari je..and today, alhamdulillah..Melur dah sihat..walaupun x sihat sepenuhnya lagi, tapi cukuplah untuk bertenaga datang ke opis..hee..

bila dah sakit ni baru la Melur terfikir nikmat ketika sihat..huhu...taknak sakit lagi...x best langsung....:'(

Friday, January 25, 2013

Janji temu..

Salam..Melur tengah berdebar ni..malam ni mak nak ajak berjanji temu dengan seorang 'bakal suami'..huhu...aduhai mak...tak sanggup lagikah nak menanggung anakmu yang gomuks ini..huhu..dah 2-3 hari Melur berfikir akan hal ni..takut plak rasanya bila menghitung masa ni..Melur ni bukan peramah orangnya.. tak reti sangat nak bergaul..adus pening sungguh..taknak ikut kang takut kecewa plak mak ngan abah..dorang la yang beria-ia carikan calon untuk Melur..agaknya dorang takut anak perempuan tunggal dorang ni jadi andartu kot..hmmm...apa-apa pon, malam ni kena kuatkan semangat juga..penuhkan dulu impian mak..Melur pon tak putus-putus berdoa ni moga dibukakan pintu hati..takut kalo menolak kang, tertolak jodoh la plak..isy3...cuak + suspen btul..taktau nak cerita perasaan ni kat sape..kawan2 semua duk jauh..someone, please help me..what should i do???

Tuesday, January 15, 2013

Mimpikan dia...

Salam..morning...pagi ni Melur bangun agak lewat sikit..terkocoh-kocoh mandi dan solat..nasib baik Melur dah gosok baju awal-awal semalam..kalo tak, kompem lewat la masuk opis pagi ni..tapi pagi ni Melur rasa mood up sikit..sebab semalam Melur mimpikan dia..hehehe..siapakah dia yang berjaya membuatkan mood Melur boleh berubah ni?teng teng teng...nanti-nanti la Melur bagitau siapa hamba ALLAH ni..

Melur pelik juga, semenjak 2 menjak ni Melur selalu mimpikan dia..walaupun Melur takde la ingatkan dia sebelum tido..dan seingat Melur, sebelum tidur Melur dah baca doa tidur, ayat kursi dan ayat 4 qul..mungkinkah ini permainan syaitan?atau petunjuk dari ALLAH?

Melur malas nak fikir sangat hal ni. tapi yang pasti, kemunculannya dalam mimpi buatkan Melur senyum sendiri. cukuplah sekadar nampak kelibat dia je dalam mimpi tu. itu pun dah cukup untuk buat hari Melur bertukar ceria..kalo dia senyum dalam mimpi tu, dari bangun tido sampai la masuk tido balik, kompem Melur senyum je..hahahaha...hmm, bila fikir-fikir balik, adakah Melur ni dijangkiti penyakit A.N.G.A.U.?oh no no...bahaya ni..



"Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu. 
Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada sesesorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatih hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu."
~Amin~


Thursday, January 10, 2013

Followerku yang sweet dan baik hati...

Salam..alhamdulillah..akhirnya kerja yang telah Melur usahakan sejak 2 minggu lepas dah siap..baru je lepas bagi kat bos untuk tindakan selanjutnya..so, sekarang ada la masa sikit untuk Melur menjenguk blog Melur yang ntah pape ni..baru je terfikir apa yang di upload, tiba-tiba Melur terpandang kat status follower..1 Follower. What???sejak bila plak blog Melur ni ada follower? Melur tak perasan ke sebelum ni? so Melur pon klik la kat link follower tu..rupa-rupanya abang Abil yang jadi follower Melur..huhu.. terharunya rasa hati ni bila ada orang sudi menjadi follower..walaupun sebenarnya Melur berblog ni suka-suka untuk mencatatkan luahan rasa sendiri je..rasa nak menangis pon ada kala ni..hehe..

Bukti abang Abil menjadi first follower..hee

Sebagai penghargaan untuk my first follower ni, meh Melur cite sket pasal abang Abil ni..Melur tak kenal sangat ngan abang Abil ni..first time terbaca pasal abang Abil ni bila ada kawan facebook Melur yang share kan blog abang Abil..memang dah hobi Melur ni menjenguk kat blog orang (walaupun blog sendiri tak ter'update'...hee), so Melur pon jenguk lah blog abang Abil yang dibuat khas untuk isterinya yang tercinta..pertama kali baca, tersentuh hati Melur..masa tu terlintas di hati, ya ALLAH, masih ada hambaMU yang baik..yang sanggup menjaga isteri yang terlantar..subhanallah..moga ALLAH permudahkan segala urusan abang Abil di dunia dan akhirat..

Sebenarnya Melur ni tak pandai sangat nak cerita pasal orang ni..kalo ada yang nak menjenguk blog abang Abil ni, bolehlah menjenguk di http://abil4fauziah.blogspot.com/. Kat blog ni nanti, korang ble baca luahan hati seorang suami yang begitu sabar dan tekun melayan dan menjaga si isteri yang terlantar sakit..sape-sape yang mampu juga bolehlah menghulurkan bantuan kepada mereka berdua. kalo tak mampu dari segi duit, marilah sama-sama berdoa semoga ALLAH sembuhkan kak Gee kelak dan jadikan sakitnya ini sebagai kafarah untuk dosa-dosanya yang telah lalu..amin..

last skali..thanks to abang Abil kerana sudi jadi Melur's follower..semoga abang Abil tetap tabah dengan ujian yang ALLAH kurniakan..chaiyox2!!!





Thursday, January 3, 2013

Sakit Kepala


Salam..adus..tiba-tiba lak hari ni kena sakit kepala..adakah migrain telah menyerang?ALLAH..janganlah bagi sakit hari ni..Melur masih belum siapkan report lagi ni.. dah la pagi tadi ada jamuan perpisahan hj. Ali dan mesyuarat kakitangan.. dah habis masa kat situ..sepatutnya Melur dah boleh siapkan report ni hari ni..huhu..nampak gayanya kena bawa balik umah lagi la kerja ni hari ni..hari minggu ni Melur bekerja kat umah hokey!!sob3 :'(


~Rupa orang tengah sakit kepala~

Wednesday, January 2, 2013

Mode Bertungkus Lumus

Salam..hari ni Melur on mode menyiapkan laporan MKSP..tak pernah lagi meja Melur penuh sesak samapi takde ruang nak letakkan kerja lain dah..So harap semua orang kat opis ni paham-paham la kalau Melur tak layan ye..Melur sedang bertungkus lumus nak siapkan hari ni juga sebab esok bos dah minta nak tengok..ni pon silap-silap kena bawa balik umah ni..huhu :'(

Tuesday, January 1, 2013

It's New Year Again..

Salam..wah...hari ni dah tahun baru...SELAMAT TAHUN BARU 2013..bila sebut je tahun baru, mesti tanya apa azam tahun ni? bagi Melur, tiada azam yang ditetapkan untuk tahun 2013 ni..sebab dah bertahun-tahun set azam, tak pernahnya nak tercapai..so tahun ni, tiada azam..titik.



Permulaan tahun baru ni agak suram bagi rakyat Terengganu sebab hari ni dah masuk kali kedua Terengganu mengalami banjir.. hari ni pon Melur terpaksa ambik cuti sebab jalan kat kampung ni tersekat dengan air.. maaf la, tak sempat nak ambil gambar sebab masa Melur balik semalam air dah ada kat atas jalan. tapi cuma sebelah je..Melur tak ambil gambar sebab masa tu hujan lebat sangat..nanti la Melur update gambar banjir gelombang pertama.

sampai sini dulu la coretan Melur kali ni..InsyaALLAH untuk tahun baru ni Melur akan cuba buat coretan tiap-tiap hari..harap-harap mampu la..Chow dulu..Selamat Tahun Baru sekali lagi..marilah kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik tahun ini..

~Wassalam~